Francais Tony Hawk Pro Skater membuat “comeback”! Di Summer Game Fest, Activision mengumumkan bahawa Vicarious Visions akan remaster Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 untuk pelantar Playstation 4, Xbox One, dan PC. Edisi remaster ditetapkan untuk keluar pada 4 September dan akan merangkumi level, skater, “trick“, mod, dan soundtrack. Edisi remaster juga menambah mod permainan baru, termasuk online multiplayer. Pada masa yang sama, Activision juga mengumumkan butiran mengenai bonus pra-pesanan untuk permainan. Mereka yang membuat pra-pesanan digital akan mendapat akses ke Warehouse Demo pada pelancaran permainan manakala yang membuat pra-pesanan fizikal akan mendapat hadiah edisi terhad Tony Hawk Mini Fingerboard semasa mereka membeli permainan.
Satu wawancara dikeluarkan bersama dengan trailer yang menunjukkan bahawa Vicarious Visions membina edisi remastered dengan kod asli Neversoft sebagai asasnya. Bermula dari sana, mereka mengemas kini permainan untuk teknologi controller dan konsol moden, termasuk beberapa peningkatan pada kawalan permainan.
Senarai skater profesional di Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 termasuk Steve Caballero, Geoff Rowley, Bucky Lasek, Elissa Steamer, Kareem Campbell, Andrew Reynolds, Bob Burnquist, Eric Koston, Rodney Mullen, Jamie Thomas, Rune Glifberg, Chad Muska, dan Tony Hawk, masing-masing dengan abiliti khas mereka sendiri. Remaster ini mengembalikan semua level daripada permainan asal, termasuk Warehouse dan The Bullring. Setiap satu boleh dimainkan secara solo atau co-op dengan misi baru dan lama untuk diselesaikan.
Dengan grafik yang dikemas kini pada resolusi 4k 60 FPS, Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 mengembalikan mod Create-A-Skater dan Create-A-Park. Mod kreatif ini membolehkan pemain menggunakan kreativiti mereka sendiri untuk membuat level yang unik bagi menguji kemahiran rakan-rakan.
Itu sahaja info saya ada buat masa ini. Nantikan maklumat lanjut pada minggu-minggu akan datang!
@gamersantaimy
Discussion about this post