PGI nampaknya telah pun berakhir, dan PUBG ada memberi sedikit sebanyak hint untuk update yang baru selepas PGI. Dan ianya merupakan update yang besar kerana banyak perubahan dan penambahbaikan yang dilakukan untuk PUBG. Tetapi, aku tak nak sentuh semua, aku hanya ambil beberapa perkara yang penting dan besar, yang akan memberi impak kepada gameplay mahupun strategi korang semasa bermain PUBG. Dua aspek, iaitu penukaran cuaca dan bullet penetration. Teruskan bacaan korang, aku akan terangkan di bawah.
Bullet Penetration
Jadi, sistem bullet penetration telah dikenakan kepada tangan dan juga lengan. Penerangan secara ringkas, jika dua orang stack bersama, dan pemain menembak tangan mahupun lengan, orang dibelakang akan terkena tembakan jugak, tetapi, menariknya, jika dibelakang tangan mahupun lengan adalah kepala, damage penuh akan dikenakan kepada kepala tersebut. Dan ianya hanya akan menjadi kepada kepala, dada dan juga pinggang. Untuk shotgun dan juga kaki, tiada bullet penetration.
Dynamic Weather
Untuk Dynamik Weather, aku sarankan korang tengok dulu video ni:
Sebelum ini, Dynamic Weather di applikasikan kepada map Sanhok, kalau korang perasan, semasa bermain di map Sanhok, cuaca berubah secara drastik dan secara tidak langsung, mengubah cara permainan dan strategi korang untuk mendapatkan Winner Winner Chicken Dinner. Sekarang, perubahan cuaca akan berlaku untuk Erangel dan juga Miramar.
Jadi, ini sahaja update yang aku rasa memberi impak besar dalam permainan korang nanti. Apa pandangan korang? Ada yang merindukan map Erangel semasa hujan atau berkabus? Siapa yang pernah pegang title King Gonggok? Update ini dikatakan akan masuk ke dalam Live Server pada Ogos 8.
@gamersantaimy
Discussion about this post