PlayStation 5 sudah lama menjadi misteri dan mungkin kerana itu, peminat kini memberi tumpuan kepada variasi paten Sony yang tertular di atas talian untuk dapatkan petunjuk mengenai rupa konsol. Setakat ini, tidak satu pun yang meyakinkan, tetapi paten terbaru ini mungkin akan mengubah fikiran anda semua. Dilihat daripada sudut konsep yang menarik, Sony akan memperkenalkan rakan robot yang mempunyai perasaan untuk gamers di seluruh dunia.
Ditemui oleh IGN, senarai di laman web US Patent & Trademark Office menunjukkan imej peneman robot tersebut, yang nampaknya telah direka untuk duduk di sebelah anda semasa pemain bermain permainan video. Pautan itu tidak lagi berfungsi dan menunjukkan paten ini mungkin telah dibuang, tetapi pautan masih membawa pengunjung kepada imej robot, yang kelihatan seperti awan kecil dengan mata, dilengkapi dengan tangan dan kaki. Ini jelas bukan reka bentuk terakhir robot tersebut.
Menurut paten, ia mempunyai kebebasan sendiri dan boleh bermain bersama dengan anda serta bertindak sebagai AI dalam game yang memerlukan multiplayer. Ia juga mempunyai “feeling deduction unit“, yang bermaksud ia dapat mengenali emosi dan bertindak balas terhadapnya,. Selain itu, robot ini juga dilengkapi sensor biologi yang dapat mengesan degup jantung seseorang.
“Ia dijangka bahawa hubungan antara engguna dan robot akan meningkat dan motivasi untuk bermain permainan video akan bertambah apabila robot melihat permainan dan berasa gembira atau sedih bersama pengguna. Seterusnya, pengguna juga menikmati kandungan filem, program televisyen, atau sebagainya dengan lebih banyak bersama robot berbanding melihatnya seorang diri.” – Rumusan paten itu tulis.
Bukan itu sahaja, paten tersebut mendakwa bahawa ia dilengkapi dengan “love index“. Secara dasarnya, ia mempunyai emosi dan, jika robot tersebut terasa seperti ia tidak dilayan dengan baik (contohnya, anda tidak mengecasnya ketika ia meminta anda), ia tidak akan menyokong pemain semasa mereka bermain lagi. Ini mendorong anda untuk melayannya dengan baik.
Adakah robot ini betul-betul akan dihasilkan, saya masih tidak tahu.. tetapi kalau ia benar-benar wujud, adakah tragedi Terminator akan berlaku?
@gamersantaimy
Discussion about this post