Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sempena inisiatif Play at Home, Sony menghadiahkan Uncharted: The Nathan Drake Collection & Journey secara percuma!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 15, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, PS4
0 0
0
Sempena inisiatif Play at Home, Sony menghadiahkan Uncharted: The Nathan Drake Collection & Journey secara percuma!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Sony telah mengumumkan inisiatif bagus untuk pengguna PS4 di seluruh dunia dengan memberikan dua game PS4 percuma kepada semua gamers di rumah. Mereka yang login ke PlayStation Store antara 15 April hingga 5 Mei 2020 boleh memperolehi Journey dan Uncharted: The Nathan Drake Collection. Secara keseluruhan, terdapat empat game percuma untuk kita main! Di China dan Jerman, Knack 2 akan menggantikan Uncharted: The Nathan Drake Collection.

Announcing the Play At Home initiative: https://t.co/pOn3hJ7poI Stay safe and pick up Uncharted: The Nathan Drake Collection and Journey for free from April 15 through May 5 #PlayAtHome 💙 pic.twitter.com/BSlbcwosgU

— PlayStation (@PlayStation) April 14, 2020

Journey adalah game terkenal di mana permain memulakan pengembaraan dengan seseorang yang mereka tidak kenali dan berhubung dengan mereka sepanjang perjalanan. Jalan ceritanya tidak diceritakan melalui teks dan interaksi sangat-sangat minimum. Journey bermula sebagai game PlayStation 3, sebelum dikeluarkan untuk PlayStation 4, PC, dan Apple iOS.

Uncharted: The Nathan Drake Collection adalah kompilasi daripada tiga game pertama dalam siri. Ini bermaksud kita boleh bermain Uncharted, Uncharted 2: Among Thieves, dan Uncharted 3: Drake’s Deception. Jika anda ialah ahli PlayStation Plus, mungkin anda telah menebusnya semasa Januari 2020. Harga biasanya ialah RM74.00.

Sebaik sahaja anda memuat turun kedua-dua game PS4 percuma ini yang sebahagian daripada inisiatif Play at Home, ia akan kekal selamanya dalam library. Tidak seperti game percuma PlayStation Plus, anda tidak perlu langgan apa-apa. Satu lagi info menarik ialah Journey merupakan game cross-buy, jadi anda juga mendapat versi PlayStation 3.

Inisiatif Sony Play at Home juga melibatkan syarikat yang membangunkan game di PS4. Sony mengatakan bahawa dana $10 juta akan digunakan untuk menyokong pemaju indie. Walaupun butiran belum diumumkan, wang akan dibantu untuk membantu mereka agar terus menghasilkan permainan untuk pengguna di seluruh dunia.

Tags: FreeJourneyPercumaPS4SonyUncharted: The Nathan Drake Collection
Previous Post

ASUS Service Warranty anda akan Dilanjutkan jika tamat dalam tempoh PKP!

Next Post

2K bekerjasama dengan Humble untuk kerja amal membantu Pasukan Perubatan semasa pandemik COVID-19!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
2K bekerjasama dengan Humble untuk kerja amal membantu Pasukan Perubatan semasa pandemik COVID-19!

2K bekerjasama dengan Humble untuk kerja amal membantu Pasukan Perubatan semasa pandemik COVID-19!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd