Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Berdasarkan anime Cardfight!! Vanguard, game kad RPG Vanguard ZERO kini tersedia di iOS & Android!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 14, 2020 - Updated on February 20, 2021
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Berdasarkan anime Cardfight!! Vanguard, game kad RPG Vanguard ZERO kini tersedia di iOS & Android!
Share on FacebookShare on Twitter

Vanguard Zero ialah game kad RPG terbaru untuk iOS dan Android dan ia berdasarkan anime Cardfight!! Vanguard yang pernah ditayangkan di Animax Malaysia. Sedikit info tambahan ialah Vanguard Zero akan memaparkan peraturan permainan yang sedikit berbeza kepada peraturan yang pemain kenal di mod solo dan multiplayer.

Sebelum pelancaran, terdapat kempen pra-pendaftaran di mana penerbit Bushiroad International berharap untuk mendapatkan 50,000 orang untuk mendaftar sebelum permainan dikeluarkan. Sasaran itu akhirnya tercapai, yang bermakna semua pemain akan menerima 20 Booster Pack yang akan dihantar ke pemain secara in-game.

Permainan ini mengandungi pelbagai misi menarik dalam mod single-player di mana pemain menjadi Aichi Sendou, seorang remaja yang berminat dengan permainan kad Vanguard. Vanguard ZERO akan mengulangi semula jalan cerita anime dengan setia agar mereka yang baru kepada siri tidak perlu terlalu risau kerana tidak tahu apa yang bakal berlaku.

Selain daripada mod single-player, pemain akan bertanding dalam Fight Mode di mana anda berlawan AI untuk mengasah kemahiran atau bermain dengan orang-orang dari seluruh dunia dalam acara PVP. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, permainan ini mempunyai peraturan kad yang dioptimumkan. Mereka yang biasa dengan siri ini pun perlu mengambil sedikit masa untuk mempelajari perbezaannya, dan perubahan ini mungkin tidak disukai oleh peminat yang mengikut format standard.

Vanguard Zero juga mempunyai ciri bernama My Room. Ciri ini akan beroperasi sebagai tempat untuk pemain menghias bilik dengan barangan istimewa dan juga watak-watak kegemaran daripada siri. Jika pemain meletakkan watak pilihan di dalam bilik, ini akan membuka akses kepada perbualan eksklusif dengan NPC yang semuanya disuarakan sepenuhnya. Anda semua boleh menganggap My Room sebagai lokasi “fan-service“.

Vanguard ZERO kini boleh didapati di App Store dan Google Play. Ia adalah permainan percuma untuk bermain dengan pembelian dalam aplikasi. Klik di sini untuk melihat maklumat lanjut di laman web rasmi mereka.

Tags: animeBushiroad InternationalCardfight!! VanguardKadMobileVanguard ZERO
Previous Post

Tebus JUST CAUSE 4 secara percuma di PC pada 16 April 2020!

Next Post

Selamatkan diri anda bersama rakan dari zombi! Ini adalah review kami untuk RE: Resistance!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Selamatkan diri anda bersama rakan dari zombi! Ini adalah review kami untuk RE: Resistance!

Selamatkan diri anda bersama rakan dari zombi! Ini adalah review kami untuk RE: Resistance!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd