Just Cause 4 ialah sebuah game action-adventure terkenal daripada Square Enix yang bakal meletup di PC anda sekali lagi, kerana kali ini… ia percuma!
Game penuh aksi ini daripada pembangun, Avalanche Studios, telah keluar di PC dan konsol pada tahun 2019 tetapi sesiapa yang terlepas peluang untuk mencuba game shooter epik ini boleh mendapatkan permainan secara percuma di Epic Games Store pada minggu ini. Gamers yang berminat boleh menebus Just Cause 4 pada hari Khamis, 16 April 2020. Tawaran ini akan bertahan sehingga 23 April. Ini memberi peluang kepada pemain untuk mengenali francais Just Cause jika mereka masih belum main.
Di Just Cause 4, anda akan bermain sebagai Rico Rodriguez di mana pemain akan dicampak ke dalam persekitaran open-world besar berdasarkan Amerika Selatan. Rico Rodriguez akan bertemu dengan Gabriela Morales, ketua kepada organisasi gelap bernama Black Hand yang melibatkan diri dengan pelbagai akitiviti jenayah seperti membunuh, menjual senjata, meletupkan bandar, dan peperangan. Di sini, pemain akan menghalang rancangan mereka sambil meneroka kawasan persekitaran dalam “super-car” atau terbang di langit dengan bantuan “wingsuit“. Sekiranya anda sedang mencari game aksi yang melampau, saya sarankan anda muat turun game ini.
Just Cause 4 adalah game terkini dalam francais dan walaupun aksinya mungkin tidak realistik tetapi Just Cause 4 tetap menjadi antara permainan video paling terkenal di dunia. Kita hanya perlu tunggu sehingga 16 April untuk muat turun secara percuma. Buat masa ini, anda boleh pergi ke Epic Games Store untuk menebus Sherlock Holmes: Crimes and Punishments dan Close to the Sun. Baca lagi tentang kedua-dua game tersebut di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post