Resident Evil 3 Remake hadir minggu lalu dan kami telah pun mengreviewnya, dengan keseronokan menjadi Jill Valentine menentang Nemesis dan zombi yang lain, tetapi kehadiran permainan Resident Evil 3 bukan bersendirian, sebaliknya ia hadir bersama sebuah permainan multiplayer terbaru iaitu Resident Evil Resisance (RE: Resistance). Yup sebuah permainan multiplayer hingga 5 orang yang boleh dimainkan bersama rakan-rakan anda di PlayStation 4 dan PC!
Dengan menjadi sebuah permainan multiplayer yang moden, kehadiran ini akan menjadi yang pertama penuh dengan perubahan dan kemas kini buat masa kini! Walau bagaimanapun, dalam keadaan semasa, kami bosan pada hujung minggu lalu sebab dah habis main RE3 Remake, jadi kami pun memulakan langkah untuk mencuba versi multiplayer ini.
Pengenalan~
RE: Resistance berhasrat untuk memberikan pemain “throwback” kepada Resident Evil: Outbreak, Left 4 Dead dan World War Z dengan penyaringan yang adil tajuk multiplayer asimetri moden seperti Dead By Daylight yang diberi untuk langkah yang baik. Terdapat dua cara untuk bermain. ‘Survivor’ pada dasarnya adalah jalan dari satu titik peta ke titik yang lain sebelum masa tamat. Mod pilihan kedua dipanggil ‘Mastermind’, di mana anda pada dasarnya adalah seorang pengarah Umbrella-employed yang ibarat memainkan versi Kevin yang dipintal dari filem Home Alone, meletakkan perangkap dan musuh di peta untuk membunuh pasukan “Survivor” yang cuba menyelamatkan diri.
Jalan permainan~
Sebelum bermula, kami dibawa ke bahagian tutorial. Seperti yang disebutkan diatas, kami berpeluang untuk memilih sama ada menjadi Survivor atau Mastermind dan syarat permainan telah dinyatakan juga. Kesemua ciri berbeza bagi kedua mod ini dan dibawah ini kami pecahkan pengalaman kami dalam bermain sebagai Survivor dan Mastermind.
Bermain sebagai Survivor ~
Dalam Survivor mode, kami boleh bermain sendiri tau bermain dalam sekumpulan 4 orang secara multiplayer. Kami perlu pergi dari satu bahagian peta ke peta yang lain, sambil mengambil wang tunai dalam bentuk ‘Umbrella Credits’. Membantu pasukan, menembak dan mengelak semua musuh itu la matlamat permainan untuk sampai ke tempat kemenangan sebelum tamat masa.
Secara keseluruhan, terdapat 6 watak boleh dipilih dari empat dan kesemuanya mempunyai kelebihan sendiri, watak tersebut adalah Valerie, January, Tyrone, Samuel, Martin dan Becca. Tetapi yang paling berguna untuk mod ini adalah Valerie, Tyrone dan Becca kerana setiap posisi mereka adalah berbeza. Antaranya adalah: “Damage”, “Hacker”, “Support” dan “Tank”. Nak kata seriau dalam mod ini, tidak lah sangat, kerana lebih mengfokuskan menyelamatkan diri mengejar masa yang diberikan. Gameplay control sama sahaja seperti RE3 Remake.
Pada awal permainan, kemahiran survivor perlu menunggu sehingga kemahiran sepenuhnya boleh digunakan dan perlu di “cooldown”. Setiap watak ini juga dapat dinaik taraf. Semua survivor boleh membaling grenade apabila ditangkap oleh Big Boss sehingga dilepaskan. Misi mencari kunci juga tidaklah sukar seperti yang disangkakan. Cuma dalam mencari kunci ini, zombi-zombi sahaja yang kerap menggangu konsentrasi kami.
Ketika menjalankan misi ini, paling penting agar anda merosakkan kamera cctv! Ianya supaya Mastermind tidak dapat melihat kami berada dimana. Tetapi tidak semua pusingan permainan sama. Andai kata pemain Mastermind tu licik dan membuat pelbagai halangan dengan tektik yang hebat, survivor sememangnya akan mengalami kecederaan. Jadi kita sebagai survivor haruslah bekerjasama menyelesaikan segala misi dan jangan terlalu jauh berpisah untuk keselamatan dan penuh pantas untuk dielak dari digigit zombi.
Gunalah senjata anda bagaimana cara pun sebab tidak perlu risau kerana peluru senang didapati. Menggunakan senjata melee juga berguna terutama untuk serangan depan-depan zombi. Pastikan guna skil masing-masing agar dapat menyelamatkan diri dengan lancar. Akan terdapat supply box sebelah survivor, semua barangan dalam supply box perlu dibeli dengan umbrella credit. Dapatkan Umbrella Credit tu dapatlah kami beli senjata padu! Yang terfikir mana nak cari Umbrella Credit tu, jangan risau, ianya boleh dicari sahaja didalam permainan.
Dalam gameplay survivor ini juga, check point akan ditambah masa mengikut prestasi pemain, yang mana menjadi survivor dan membuat serangan pada zombi akan ada “attack index”. Selepas contdown, permainan akan berakhir. Pada pemain yang tidak dapat melepaskan diri, Mastermind akan mendapat kemenangan!
Bermain sebagai Mastermind~
Okay kita beralih pula pada bermain sebagai Mastermind~ Siapakah Mastermind ini sebenarnya? Mastermind hanya memerlukan seorang pemain untuk mengawal segalanya dari membiarkan Survivor terlepas dari gengaman. Itu termasuk mengawal zombi, senjata Biochemical (zombi boss), memasang perangkap dan menembak pemain survivor melalui kamera yang dipasang disekeliling kawasan permainan.
Kesemua senjata biochemical mempunyai kehebatan atau kekuatan tersendiri dan setiap yang digunakan Mastermind adalah berbeza contohnya Annete menggunakan William G.Birkin, Alex menggunakan Yateveo, Spencer menggunakan D.Field dan Daniel menggunakan Tyrant. Tapi kena ingat, pemain perlu menaikkan rank untuk mendapatkannya.
Nak jadi mastermind ni kena sentiasa bertindak dengan pantas. Kami sebagai matermind mampu mengunci pintu jadi agak menyenangkan sikit supaya survivor berasa sukar untuk menyelesaikan peringkat. Kita akan mendapat skil tersendiri dan setiap skil ada kelebihanya. Pada awal permainan, lebih baik agar memasang perangkap terlebih dahulu dan mula meletakkan zombi.
Kamera CCTV tu penting untuk masterind, sebab segalanya akan dikawal dan dilihat dari situ. Pertama, pemain mastermind harus selalu menukar-nukar pandangan kamera untuk mengelakkan survivor dari terlepas. Kedua, jika survivor merosakkan atau hack kamera, pemain tidak boleh melakukan apa-apa, jadi sementara tidak dapat melihat cctv tu, pemain sebagai mastermind harus menyediakan perangkap dan zombi yang banyak.
Anda kena ingat, mengawal zombi adalah yang terbaik untuk menyerang survivor. Zombi yang dikawal komputer agak lembab dan lemah, tetapi berbeza dengan senjata biochemical kerana lebih senang menyatakan Big Boss ni lebih hebat dalam memburu survivor.
Beberapa tips menggunakan Mastermind, pertama, gangu survivor sebelum mereka meneruskan ke misi berikutnya. Kedua, buru dan tangkap pemain yang tengah bersendirian dan lebih mudah untuk menang. Dan yang ketiga, serang survivor dengan zombi yang banyak agar masa mereka agak singkat untuk menyelesaikan misi. Jangan lupa untuk jaga poin anda untuk trial card tu!
Apa pula ada dengan Store?
Store adalah tempat untuk kita membeli penampilan pada survivor, senjata biological, senjata, aksi survivor, aksi zombi dan suara mastermind yang dipilih secara rawak. Peti Equipment juga boleh dibeli di store, peti ini lah terdapat skill cards untuk mastermind dan survivor. Pembeliannya adalah menggunakan game point yang boleh didapati dari dalam permainan. Selain itu terdapat juga misi untuk pemain selesaikan dan ganjarannya adalah untuk mendapatkan research point bersama kotak.
Kesimpulannya~
Secara keseluruhannya untuk RE: Resistance, terdapat banyak kebaikan di bawah keburukan permainan ini. Seperti kami yang sukakan permainan zombi, mungkin Capcom patut kerah lebih lagi untuk RE: Resistance ini agar nampak lebih gempak dan lebih aksi terkejut! Mesti lagi padu kalau macam tu! Dan lebih terbaik apabila dapat bermain bersama rakan-rakan kerana penuh gelak tawa!
Jadi pada anda yang ingin bermain RE: Resistance, dapatkan DLC ini secara permainan percuma dalam talian dibawah permainan Resident Evil 3 Remake yang boleh didapati di PlayStation Store dengan harga RM264.00 dan di PC Via STEAM RM247.00.
@gamersantaimy
The Review
Resident Evil Resisance
Seronok untuk dimainkan bersama 5 rakan yang lain! Grafik pun memang dah memuaskan hati la!
PROS
- Mastermind agak seronok dan dapat merancang zombi dan perangkap untuk serangan
- Pemandangan juga agak baik
- Survivor juga boleh merasakan kepentingan kerjasama
- Sebuah mainan yang seronok bersama rakan
CONS
- Survivor sukar untuk menang kerana bos boleh selalu mengganggu
- Senjata Biochemical agak sukar untuk mati
- Main terlalu lama jadi terlalu bosan
Discussion about this post