Setiap orang yang suka siri Yakuza mesti suka dengar berita ini, kerana SEGA sedang meraikan pelancaran DLC Hikari to Yami no Yukue untuk Yakuza 7: Like a Dragon. Selepas mencecah rekod jualan sebanyak 450,000 set di Jepun, Sega memutuskan untuk meletakkan diskaun yang besar untuk DLC utamanya Hikari to Yami no Yukue! Pemain hanya perlu membelanjakan RM0.39 untuk mendapatkan pakej DLC ini!
DLC ini termasuk mod Premium New Game (boleh diakses melalui mana-mana game save tidak kira Normal, Hard, atau EX-Hard), dungeon Super Final Millennium Tower Tower, limit cap yang lebih tinggi untuk Job Rank dan banyak lagi. Ia juga termasuk kostum eksklusif dan barang-barang khas. Berikut adalah isi kandungannya.
Ryu Ga Gotoku 7 Limit Break Master Tit termasuk:
- Premium New Game (Normal, Hard, EX-hard)
Gunakan dengan game save lengkap untuk memainkan semula jalan cerita utama. Ia termasuk 3 tahap kesukaran, yang boleh diubah daripada menu. Semakin tinggi kesukaran, semakin banyak job EXP dan wang yang dapat anda perolehi. Sila ambil perhatian bahawa beberapa misi sampingan, bond level dan unsur-unsur lain tidak dapat dibawa daripada game save sebelumnya. Selesaikan mod Premium New Game untuk membuka untuk mengubah kesukaran tetapan pada bila-bila masa.
Super Final Millennium Tower
- Dungeon paling “hardcore”, dan boleh dibuka selepas menyelesaikan Final Millennium Tower. Kandungan ini hanya dapat dimainkan selepas melengkapkan jalan cerita utama.
Tambahan Trofi
- Trofi ekslusif Ryu Ga Gotoku 7: Hikari to Yami No Yukue Premium Masters Pack boleh didapati.
Had Job Rank meningkat kepada 99
- Had Job Rank dinaikkan daripada 30 hingga 99.
Senjata Kiwami boleh dipertingkatkan
- Senjata terkuat “Kiwami” boleh dipertingkatkan sehingga 9 peringkat.
Item baru di Rare Shop
- Barangan istimewa tertentu boleh didapati di kedai “Fumie” semasa Premium New Game dan selepas menyelesaikan Premium New Game.
Set pakaian kostum premium termasuk:
- Special costume: Hero (Kasuga)
- Special costume: Goro Majima Ryu Ga Gotoku 0 ver. (Nanba)
- Special costume: Kazuma Kiryu Ryu Ga Gotoku 0 ver. (Adachi)
- Special costume: Joon-Gi Han Ryu Ga Gotoku 6 ver. (Han)
- Special costume: Daigo Dojima (Chang)
- Special costume: Haruka Sawamura (Saeko)
- Special costume: Kaoru Sayama (Eri)
Item Set premium termasuk:
- Scratch lunch box x5
- Plentiful lunch box x
- Reimen lunch box x5
- Mom’s home cookin’ lunch box x5
- Special lunch box x5
- Gorgeous Kiwami lunch box x5
- Egg x5
- Superior egg x5
- Golden egg x5
@gamersantaimy
Discussion about this post