Microsoft dan pemaju Turn 10 Studios mengumumkan bahawa game mobile baru mereka Forza Street akan dikeluarkan secara percuma pada peranti Android dan iOS pada 5 Mei 2020. Pendaftaran awal untuk Forza Street hanya akan dihadkan kepada peranti Android sahaja buat masa ini.
Forza Street lets you compete in adrenaline-filled street racing anywhere you go. Keep an eye out for Android and iOS releases on May 5! 🏎️💨 #InsideXboxhttps://t.co/DuOgXGzy9r pic.twitter.com/MBPnvmSdNM
— Xbox (@Xbox) April 7, 2020
Pemain yang memuat turun dan bermain pada bulan pertama selepas pelancaran Forza Street akan menerima Founders Pack yang termasuk Ford GT 2017, mata wang dalam permainan dan kredit secara percuma. Selain itu, Forza Street telah direka khusus untuk peranti mudah alih supaya pemain dapat mengalami aksi lumba sebuah francais terkenal di mana sahaja mereka mahu. Perlumbaan di sini lebih pendek berbanding game Forza yang popular dan beberapa perlumbaan dan misi jalan cerita hanya akan mengambil masa kurang daripada satu minit.
Sudah tentu, salah satu tumpuan utama ialah untuk membeli dan menaik taraf kereta. Forza Street tidak akan menjadi simulasi yang serius seperti siri Forza utama. Namun, ia akan menawarkan banyak pilihan, daripada kereta klasik berkuasa tinggi hingga supercar moden.
https://www.youtube.com/watch?v=07TffPtB_Jg&feature=youtu.be
Pengguna Xbox Live boleh mula mengumpul koleksi di Windows 10. Semua kemajuan yang dibuat dalam permainan akan dipindahkan ke aplikasi apabila dilancarkan. Anda boleh mengakses Microsoft Store untuk Forza Street di sini. Pengguna Android juga boleh mengakses Google Play Store di sini untuk mendaftarkan diri.
@gamersantaimy
Discussion about this post