Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Siapa kata game anime tak menarik? MY HERO ONE’S JUSTICE 2 menghiburkan kami okay!!

Nyny.A by Nyny.A
April 3, 2020
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, Review, Steam, Xbox One
0 0
0
[Review] Siapa kata game anime tak menarik? MY HERO ONE’S JUSTICE 2 menghiburkan kami okay!!
Share on FacebookShare on Twitter

Makin hari makin banyak permainan video yang diadaptasikan dari anime/manga. Seperti yang kami diberi peluang untuk review kali ini adalah sebuah permainan dari pemaju ByKings dan penerbit Bandai Namco Entertainment iaitu MY HERO ONE’S JUSTICE 2 dibawa dari anime My Hero Academia (Boku No Hero). Secara rasmi hadir dipasaran platform PS4, PC via Steam, Xbox One dan Nintendo Switch pada 13 Mac 2020 lalu.

Pertarungan untuk “JUSTICE” makin besar dan kejam! 

Pertarungan untuk keadilan diteruskan, tetapi kali ini perjuangan semakin besar, lebih buruk, dan lebih banyak lagi di My Hero One’s Justice 2. Berdasarkan siri anime asal, semua watak kegemaran telah kembali dalam arena pejuang 3D ini yang membawa hero dan penjahat di ujian muktamad untuk kebenaran.

Ya, 40 hero Boku no Hero kini kembali sebagai watak yang boleh dimainkan dan itu termasuk Deku, All Might, Shigaraki dan ramai lagi! Jadi dalam permainan My Hero One’s Justice 2 ini sebenarnya agak menyeronokkan lebih dari One Punch Man: A Heroes Nobody Knows. Ia mempunyai beberapa mod pemain tunggal untuk dipilih, termasuk mod cerita, mod arked dan mod misi, semua yang membawa spin yang berbeza kepada pengalaman pemain tunggal. Jadi dah bersedia untuk review kami kali ini? Jom kita mulakan!

Maka bermulalah Mod penceritaan~

Bandai Namco Entertainment telah menggunakan ruang ini untuk mencuba beberapa aspek yang sangat kemas dalam reka bentuk permainan pertempuran dan itulah adalah sebuah idea yang cukup cemerlang. Mana-mana hero arena seperti ini akan membuat majoriti peminat tegar jadi seronok. Dan My Hero One’s Justice 2 mencuba banyak perkara baru, jadi ini dah cukup kuat pada anda yang bukan peminat Boku No Hero untuk mencuba sendiri permainan ini!

Mod cerita menceritakan kisah musim terakhir Boku No Hero, sambil membolehkan anda menghidupkan semula pertempuran melalui permainan. Idea utamanya ialah keupayaan untuk mengalami kisah dari pelbagai pandangan. Anda dapat bermain sebagai kedua-dua pahlawan dan penjahat dan banyak bab mempunyai kedua-dua cerita utama dan sub cerita. Bukan sahaja ini membolehkan pemain melihat apa yang sedang dilakukan oleh watak-watak yang menyokong semasa acara utama, tetapi ia juga membolehkan pemain melihat cerita Boku No  Hero sebagai sudut pandangan kronologi yang menarik, yang memaparkan peristiwa-peristiwa tertentu secara selari dan tidak sekata.

Berbeza pula dengan Mod Mission dan Mod Arcade.

Untuk mod Mission ianya lebih mengfokuskan pada RPG dimana pemain selalu nampak untuk permainan fighting zaman sekarang. Masa awal-awal, kami hanya diberikan “Deku Shoot-Style“, tetapi jangan risau sebab dengan Hero Coins kita dapat memperluaskanya. Lebih banyak watak hero yang kami main kan, lebih banyak watak hero kita yang akan menjadi lebih kuat. Juga kita boleh menukar watak pada bila-bila masa dan ia bernilai melabur awal pada watak kegemaran anda. Pemain akan menambah orang ke kumpulan anda, upgrade mereka semasa bertarung dan mengambil tempat dalam pertempuran “territory acquisition battles”.

Mod Arcade pada dasarnya adalah apa yang pemain harapkan. Berjuang melalui satu siri pertempuran dan tewaskan bos pada akhirnya. Tiada kejutan di sini. Dengan 40 hero untuk dipilih, setiap watak akan dapat melawan pertempuran pra-set dan mencetuskan dialog eksklusif!

Penciptaan Watak Hero! Bergaya dengan macam-macam barang!

Siapa kata pemain tak boleh cipta watak! Tapi tidak seperti One Punch Man A Hero Nobody Knows yang membenarkan penciptaan watak sendiri 100%, sebaliknya dalam My Hero One’s Justice 2 ini membenarkan pemain berimaginasi dengan watak sendiri melalui hero yang sedia ada. Yup, pelbagai kostum untuk dipilih, barangan seperti topi, pad tangan dan kaki dan banyak lagi. Ada barangan yang istimewa yang memberi kelebihan seperti menahan api dan sebagainya, jadi watak pemain akan menjadi lebih kuat!

Selain itu terdapat juga penukaran suara watak untuk dipilih dan juga Motto yang boleh dipilih! Selebihnya, kami juga boleh menukar warna juga efek setiap watak! Jangan lupa save kegemaran anda okay! Salah satu idea-idea menarik My Hero One’s Justice 2 ini adalah menjadi pertempuran utama. Terus terang, reka bentuk wataknya sangat sesuai dengan pertempuran yang disediakan!

Gameplay? Teknik berlawan? Semua ohsem!

Setiap watak mempunyai serangan biasa (normal), serangan (counter) yang mengubah watak pemain berwarna kuning dan serangan (unblockable) yang menjadikan watak pemain berwarna merah. Kombo sasaran pemain akan selalu terdiri daripada serangan normal, sementara serangan gempak kadang-kadang boleh menjadi kaunter atau unblockables bergantung pada watak hero.

Sudah tentu, pemain boleh melindungi terhadap counter dan serangan normal, tetapi lindung terlalu banyak membenarkan pemain bermain-main dengan serangan campuran. Apabila seseorang melakukan serangan dengan animasi permulaan yang panjang seperti counter atau unblockable untuk menghukum pihak lawan dengan melancarkan kombo tersendiri. Terutamanya dalam serangan My Hero One’s Justice boleh makan 1/3 bar hp pemain.

Senang cerita, kami merasakan tidak bosan lansung bermain dengan watak-watak hero yang tersedia! Sebab kesemua watak ini mempunya mekanik pertempuran yang mencerminkan kuasa mereka sama seperti dalam anime. Sebagai contoh Todoroki boleh membakar dirinya sendiri atau membekukan dirinya dengan menggunakan api juga kuasa aisnya yang boleh membekukan pihak lawan. Ochako dapat mengawal ruang dengan menyebabkan unsur-unsur arena untuk menjadi tidak berat. Dan banyak lagi lah watak lain dengan sistem mengagumkan dari siri Boku No Hero!

Malah kawalan mempunyai beberapa idea yang kemas di dalamnya. Pemain boleh membuat keputusan bagaimana untuk mencetuskan langkah khas dan biasa, sambil menambahkan kelonggaran input pada kos ketidaktepatan. Pemain boleh memilih sama ada untuk menghidupkan atau mematikan auto-combos, membolehkan pemain merasa sendiri serapan kekuatan dari satu persatu tahap atau memberi tumpuan pada serangan hit dan kombo yang paling tinggi. Bukan itu sahaja, pemain juga boleh menggunakan kombo bersama watak pilihan yang lain ketika menentang pihak lawan. Jadi pada anda yang masih baru, ambillah masa anda untuk memahami semua sil kemahiran watak hero didalam permainan ini!

Grafik? Efek? Tak bosan lah tengok!

Tidak boleh nak dinafikan lansung, konsep yang diambil pada My Hero One’s Justice ini sangat menarik! Dengan unsur-unsur ala-ala komik dan watak serta efek pertarungan semuanya menggagumkan! Ya korang nak tengok bangunan pecah atau berdiri terbalik semua ada dalam permainan ini ketika bertarung! Paling best apabila sampai tahap bar PLUSULTRA tu penuh, haaa penggerakan istimewa dia berjalan lancar dengan kuasa yang padu gila!! Kesan-kesan efek tu memang peghhhh tak terkata lah!

Permainan ini melakukan pekerjaan yang hebat apabila berkomunikasi dengan setiap langkah-langkah yang berlaku. Watak pemain memancarkan warna yang berbeza apabila mereka tidak dapat dikalahkan, berperisai, atau mencampak lawan, atau efek terus kombo memang seronok melihat. Terus terang, ini adalah satu permainan fighting yang turut boleh dijadikan contoh dari segi efeknya.

Ada Mod Network juga?

Mod Network memberi peluang pada pemain bermain secara online untuk lokal dan multiplayer. Online matchmaking boleh dipilih antara ranked dan unranked matches. Jadi pada anda yang berkompetitif bolehlah mencuba ranked match, pada pemain kasual tetapi inginkan cabaran dari lawan CPU bolehlah main unranked matched. Satu lagi pemain juga boleh membuat room kustom! Kiranya ajak pemain yang dikenali sahaja untuk pertarungan.

Spesifikasi yang diperlukan jika anda pemain PC!

Okay kalau anda pemain konsol tu saiz fail yang diperlukan adalah dalam 8.7GB manakala Nintendo Switch dalam 6.9 GB. Untuk spesifikasi PC boleh lihat jadual dibawah;

KEPERLUAN SISTEM MY HERO ONE’S JUSTICE 2
MINIMUM:
(Requires a 64-bit processor and operating system)
RECOMMENDED:
(Requires a 64-bit processor and operating system)
OS: WINDOWS 7, 64 bit Windows 10, 64 bits
Processor: Intel Core i5-750 / AMD Phenom II X4 940 Intel Core i5-3470or AMD FX-6300
Memory: 4 GB RAM 4 GB RAM
Graphics: NVIDIA GeForce GTX 460 / AMD Radeon HD 6870
NVIDIA GeForce GTX 660or AMD Radeon HD 7870
DirectX: Version 11 Version 11
Network: Broadband Internet connection Broadband Internet connection
Storage: 12 GB available space 12 GB available space

Kesimpulannya~

Jika anda seorang peminat game fighting, My Hero One’s Justice 2 adalah salah satu pilihan yang bernas. Bagi kami, dari segi grafik, efek dan mekanikal perlawanan menjadi menarik sebab terdapat kepelbagaian disitu. Bagi mod pula, yang lain mungkin tiada masalah, hanya Mod Story mungkin patut diberi pembaharuan agar nampak lebih menarik dan mungkin lebihkan pada perjalanan RPG.

Jadi pada anda yang nak beli My Hero One’s Justice 2 tu, harganya untuk PlayStation 4 adalah RM239.00 untuk edisi biasa dan RM299.00 untuk edisi Deluxe. Manakala untuk PC via Steam pula berharga RM139.00 biasa, Deluxe pula RM199.00.

BELI DI PLAYSTATION 4!
BELI DI PC Via STEAM!
My Hero One's Justice 2
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Release Date: 2020-03-13
Nintendo Switch, Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Pertarungan untuk keadilan terus berlanjut, tetapi kali ini perjuangan semakin besar, lebih buruk, dan lebih banyak lagi di My Hero One's Justice 2. Berdasarkan siri anime hit, semua watak kegemaran anda kembali dalam pejuang arena 3D ini yang mengutip pahlawan dan penjahat di ujian muktamad untuk kebenaran.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

MY HERO ONE'S JUSTICE 2

8 Score

Masih memuaskan pada peminat anime yang sukakan aksi figting game. Kepelbagaian mekanik yang senang dikawal dan setiap watak ada kelebihan tersendiri memang menjadi sesuatu yang menarik!

PROS

  • Pelbagai watak hero yang boleh dipilih!
  • Konsep warna dan efek grafik tidak membosankan!
  • Kepelbagaian dalam skill setiap watak sangat menghiburkan!

CONS

  • Story Mode yang perlu diubah suai
  • Mungkin perlukan lebih kelainan dari game anime yang lain...

Review Breakdown

  • Korang peminat Boku No Hero? Suka aksi? Jadi belilah game ni! 0
Tags: MY HERO ONE'S JUSTICE 2 ReviewMy Hero One’s Justice 2reviewulasan
Previous Post

10 fakta yang anda tidak tahu tentang Jill Valentine, heroin Resident Evil 3!

Next Post

Pre-order MSI GF63 THIN 10th Gen Intel CPU kini bermula!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Pre-order MSI GF63 THIN 10th Gen Intel CPU kini bermula!

Pre-order MSI GF63 THIN 10th Gen Intel CPU kini bermula!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd