Sebuah lagi game baru telah disahkan bukan sahaja untuk PlayStation 4 tetapi untuk PlayStation 5 apabila TeamKill Media mengumumkan horror-FPS, Quantum Error. Game ini diumumkan dengan trailer yang menunjukkan persekitaran futuristik di beberapa struktur yang dikelilingi oleh mesej-mesej misteri. Hanya ada seorang manusia sahaja yang hidup – iaitu protagonis – tetapi amat jelas bahawa anda bukan satu-satunya makhluk yang berada di dalam bangunan kerana beberapa raksasa menyeramkan ditunjukkan di dalam trailer.
Trailer di atas amat ringkas dan tidak menunjukkan apa-apa selain daripada jalan cerita dan persekitaran permainan.
“Quantum Error adalah cosmic-horror first-person shooter yang sedang dibangunkan oleh TeamKill Media untuk PS5 dan PS4,” kenyataan rasmi di laman web mereka.
Walaupun ia tidak ditunjukkan dalam trailer, satu lagi video dikeluarkan melalui akaun Twitter mereka yang menunjukkan senjata lain pemain boleh menggunakan selain daripada shotgun. Senjata yang ditunjukkan adalah minigun dengan teaser cara-cara ia berfungsi secara “behind-the-scenes“. Jika anda ingin maklumat terkini tentang game ini, sila perhatikan akaun media sosial mereka untuk mengetahui lebih banyak info seperti ini pada masa akan datang.
Testing out the minigun! 😈
Fire-rate, bullet impact marks, recoil, screen shake and particle effects!#quantumerrorgame #cosmichorror #ps5 #ps4 #firstpersonshooters #gamedev #ue4 #survivalhorrorgame #fpsgames pic.twitter.com/hjHgPGLycC— QUANTUM STATE (@Quantum_Error) March 27, 2020
Quantum Error masih belum lagi mempunyai tarikh keluaran rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post