Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

KANTOI! Watak pertama Grand Theft Auto 6 didedahkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 30, 2020
in Artikel, Berita, PC
0 0
0
KANTOI! Watak pertama Grand Theft Auto 6 didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Satu lagi info baru telah muncul, dan ia nampaknya mendedahkan watak pertama untuk Grand Theft Auto VI (GTA 6)! Lebih terperinci lagi, resume Jorge Consejo menyatakan bahawa pada tahun 2018, pelakon itu bekerja dengan Rockstar Games di Grand Theft Auto VI untuk melakonkan watak yang dipanggil “The Mexican“. Namanya memang menonjol kan? Info ini bukan sahaja mendedahkan watak pertama permainan, tetapi ia memberitahu bahawa permainan sudah lama memulakan produksi.

Jorge Consejo

Seperti yang anda semua tahu, motion capture dilakukan sepanjang proses pembangunan. Dengan erti kata lain, agak sukar untuk mengukur kemajuan GTA 6 sepanjang pembangunan. Walau bagaimanapun, ia mengesahkan bahawa permainan itu telah keluar daripada pre-production sejak 2018, tahun yang sama Red Dead Redemption 2 dikeluarkan. Berikut adalah resume yang dinyatakan:

Apabila imej resume ini menular di atas talian, Consejo tidak dapat mengesahkan atau menafikan sama ada dia ada atau tidak dalam permainan. Sudah tentu, kita janganlah percaya bulat-bulat memandangkan tiada maklumat rasmi daripada Rockstar Games. Tetapi seperti yang anda dapat lihat, bukti ini sangat menyakinkan!

Grand Theft Auto VI masih belum diumumkan, namun, sudah banyak berita dan info sejak beberap bulan ini. Anda boleh membaca semua info tersebut di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: grand theft autoGrand Theft Auto 6Grand Theft Auto VIgta 6khabar angin
Previous Post

Versi “upgrade” Nier Replicant diumumkan untuk PS4, Xbox One & Steam!

Next Post

Game horror FPS baru “Quantum Error” diumumkan untuk PS4 & konsol next-gen PS5!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Game horror FPS baru “Quantum Error” diumumkan untuk PS4 & konsol next-gen PS5!

Game horror FPS baru "Quantum Error" diumumkan untuk PS4 & konsol next-gen PS5!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd