Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Mega Man Zero/ZX Legacy Collection: Koleksi klasik yang pasti bikin nostalgia untuk gamers retro!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 18, 2020
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, Review, Steam, Xbox One
0 0
0
Ulasan Mega Man Zero/ZX Legacy Collection: Koleksi klasik yang pasti bikin nostalgia untuk gamers retro!
Share on FacebookShare on Twitter

Mega Man X tetap menjadi sebuah game “ikonik” dalam genre aksi-platform hingga ke hari ini, dan di sini, kita akan belajar lebih lagi tentang latar belakang game terkenal ini di Mega Man Zero/ZX Legacy Collection. Mega Man Zero/ZX Legacy Collection mempunyai empat game Mega Man Zero dan dua game ZX. Siri Zero dan ZX pada asalnya dibangunkan untuk GBA dan DS dan lebih tertumpu kepada penerokaan dan “progression“. Selepas kembali kepada siri Mega Man setelah sekian lama, saya terkejut dan sedikit kecewa pada mulanya oleh betapa bezanya game ini dengan judul Mega Man yang sebelum. Selepas menghabiskan lebih banyak masa dengan Mega Man Zero/ZX Legacy Collection, saya mula menghargai bagaimana Zero dan ZX mengukir nama mereka sendiri di dunia Mega Man. Berikut adalah sedikit gameplay kami di TGS 2019:

Siri Zero bermula bertahun-tahun selepas peristiwa siri Mega Man X dan berkisarkan tentang Zero, yang dianggap sebagai hero legenda yang harus membantu dalam perang menentang Neo Arcadia. Watak yang anda bertemu dalam permainan pertama akan muncul semula dalam judul kemudian. Musuh yang anda pernah kalahkan pun akan muncul semua untuk mencabar atau menghalang pemain, dan sekutu seperti Ciel, akan terus bergantung pada bantuan anda. Jalan cerita dan naratif yang meluas jauh lebih imersif berbanding dengan siri Mega Man klasik, tetapi aksi dan cabaran yang benar-benar menarik hati saya.

Daripada segi gameplay, game yang pertama mempunyai struktur berasaskan misi dimana anda memilih daripada tugas-tugas yang diberikan oleh Ciel. Game kedua, ketiga, dan keempat menggunakan struktur yang lebih tradisional di mana anda memilih boss tertentu serta tahap dan misi yang berkaitan. Antara misi, anda boleh meneroka pangkalan yang dihuni oleh pelbagai NPC yang boleh memberi anda item atau petunjuk.

Satu lagi mekanik baru ialah Cyber Elves, yang boleh diaktifkan untuk memberikan “buff” sementara atau kekal, seperti peningkatan HP. Mereka memerlukan E-Crystal, yang anda kumpulkan daripada musuh atau tersembunyi di dalam permainan. Kekurangannya ialah penggunaan Cyber Elf boleh mengurangkan skor anda dan pari-pari ini akan mati selepas digunakan. Sebagai Zero, anda dilengkapi dengan senjata “buster” ikonik yang disesuaikan dengan kuasa elemental dan pelbagai senjata lain, seperti pedang dan perisai “boomerang“.

Mega Man Zero dikenali kerana kesusahannya, dan sehingga hari ini, reputasinya masih kekal. Boss Fight kadang-kala sangat sukar, dan musuh-musuh biasa juga boleh melakukan damage yang tinggi. Nasib baik lah, terdapat beberapa pilihan yang menarik dalam menu utama yang menjadikan game ini lebih mudah. Mula-mula, Save-Assist akan berada pada setiap peringkat di mana pemain boleh hidup semula selepas mati. Kedua ialah “checkpoint” akan sentiasa berada di luar bilik Boss Fight. Ketiga ialah Casual Scenario Mode. Ini membolehkan anda memberi tumpuan kepada jalan cerita dengan menguatkan lagi watak dan menyingkirkan “instant death“.

Game Mega Man ZX dan ZX Advent terasa seperti Metroidvania kerana ia mempunyai peta yang luas dan titik teleport. Siri ini berlaku selepas siri Zero dan memaparkan watak-watak manusia, lelaki dan perempuan (yang anda pilih pada permulaan permainan) yang menerima kebolehan untuk bertukar kepada robot seperti Mega Man tetapi dengan kuasa yang berlainan. Di ZX, selepas anda mengalahkan Boss dan maju dalam jalan cerita, anda mengumpul Biometal yang boleh “suit” baru dengan serangan dan kebolehan yang lebih kuat. Sebagai contoh, salah satu daripada model biometal ini membolehkan anda meluncur melalui air dan membuat jambatan ais untuk melepasi kawasan sukar. Di Advent, anda siap boleh berubah menjadi Boss tertentu setelah mengalahkan mereka, dan menggunakan kuasa mereka untuk mengakses kawasan baru dan membantai musuh.

Dengan lebih banyak watak dan lokasi untuk meneroka, ZX dan Advent sudah tentu lebih lama dan berbeza daripada siri Zero, tetapi ia juga kurang mencabar. Memandangkan ia berasal daripada DS, terdapat skrin kedua yang digunakan sebagai peta, dan ia boleh diposisi semula melalui main menu. Variasi peringkat juga lebih ketara memandangkan saiz dunia yang luas, dan sangat menarik untuk memasuki kawasan baru yang tidak pernah dilihat sebelum ini di dalam siri.

Feature terakhir yang saya ingin jelaskan adalah mode Z Chaser. Ia merupakan mode “time trial” dengan papan pendahulu atas talian di mana dua pemain akan bertanding. Anda boleh mengubah suai kawalan sebelum memulakan perlumbaan dan melihat “hantu” pihak lawan di bahagian bawah skrin.

Peminat Mega Man harus memberi tumpuan kepada Mega Man Zero/ZX Legacy Collection. Ia adalah pakej untuk game Mega Man yang kurang terkenal yang sebenarnya sangat seronok dan memuaskan. Jika anda memang peminat kepada siri-siri di atas, ini adalah cara terbaik untuk memiliki kesemua enam game di atas. Jika anda membesar dengan Mega Man 2 dan Mega Man X, anda mungkin terkejut betapa menyeronokkan game Zero dan ZX.

Pilihan aksesibiliti dan tambahan lain hanya menjadikan keseluruhan koleksi ini lebih menarik. Dengan tumpuan pada “progression“, penerokaan, dan pertempuran, ia memberi nafas baru kepada Mega Man. Mega Man Zero/ZX Legacy Collection sudah dikeluarkan untuk Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One, dan Microsoft Windows. Bila lagi kita nak kembalikan rasa nostalgia masa kanak-kanak dulu?

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Mega Man Zero/ZX Legacy Collection

70% Score

Dengan tumpuan pada "progression", penerokaan, dan pertempuran, ia memberi nafas baru kepada Mega Man.

Review Breakdown

  • Ia adalah pakej untuk game Mega Man yang kurang terkenal yang sebenarnya sangat seronok dan memuaskan. Jika anda memang peminat kepada siri-siri di atas, ini adalah cara terbaik untuk memiliki kesemua enam game di atas. 0%
Tags: Mega ManMega Man Zero/ZX Legacy Collectionnintendo switchPCplatformPlayStation 4reviewulasanXbox OneZero
Previous Post

Call of Duty: Warzone menambah MODE SOLO! Hanya anda vs. 149 pemain lain!

Next Post

MiHoYo telah mendedahkan Opening Cutscene terbaru GENSHIN IMPACT!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
MiHoYo telah mendedahkan Opening Cutscene terbaru GENSHIN IMPACT!

MiHoYo telah mendedahkan Opening Cutscene terbaru GENSHIN IMPACT!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd