Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tom Clancy’s Rainbow Six Siege mengumumkan rancangan YEAR 5 & YEAR 6 di Six Invitational 2020!

Kemas kini baru, acara in-game menarik & ganjaran unik adalah antara topik utama.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 17, 2020
in Artikel, Berita, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Tom Clancy’s Rainbow Six Siege mengumumkan rancangan YEAR 5 & YEAR 6 di Six Invitational 2020!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini di Six Invitational 2020, Ubisoft telah mengumumkan rancangan mereka untuk Year 5 dan Year 6 di Tom Clancy’s Rainbow Six Siege. Fokus utama adalah untuk melaksanakan kemas kini baru yang memberi impak langsung kepada pengalaman pemain, termasuk “rework” pada peta dan Operator, bersama-sama dengan acara in-game untuk pemain yang menginginkan sesuatu yang baru.

Transisi kepada model baru ini akan bermula dengan Year 5:

  • dua musim pertama akan kekal dalam format semasa, dengan penambahan dua Operator dan “rework” pada peta;

Bahagian seterusnya ialah Year 6:

  • setiap musim akan memperkenalkan satu Operator baru dan pelbagai kandungan percuma tersedia untuk semua pemain;
  • “rework” pada peta;
  • limited-time event;
  • kemas kini pada permainan utama;

Battle Pass juga akan disediakan setiap musim, bermula dengan Operation Void Edge.

Seperti yang dikatakan di atas, tumpuan diberikan kepada permainan teras dan unsur-unsur yang mempunyai kesan langsung kepada setiap pemain. Sebagai contoh, sistem ping akan diadakan untuk melancarkan permainan dengan meningkatkan komunikasi dalam pasukan.

“Rework” adalah perubahan besar yang mempengaruhi bagaimana seorang Operator digunakan dan mendefinisikan semula keseluruhan permainan mereka. Pada Year 5, Tachanka akan menjadi Operator pertama yang di-“rework” sepenuhnya, dan lain-lain akan mengikut pada musim akan datang.

Dalam Year 5 dan Year 6, akan ada satu acara utama untuk setiap musim. Acara ini memberi perubahan gameplay yang unik, dan menawarkan pengalaman yang menyegarkan dan inovatif kepada semua pemain. Selain itu, “Arcade Playlists” juga akan datang ke permainan. “Arcade Playlists“ yang pertama, Golden Gun, akan berlaku pada Y5S1, dan lebih banyak lagi sedang dirancang bermula Y5S3.

 

1 of 2
- +

Perubahan lain untuk Year 5 dan Year 6 telah diumumkan:

  • Map Ban: menawarkan kawalan yang lebih baik pada peta;
  • Reputation System: sistem di mana pemain boleh mendapatkan ganjaran berdasarkan tingkah laku mereka dalam permainan;
Muat turun di sini
Tom Clancy's Rainbow Six® Siege
Developer: Ubisoft
Release Date: 2015-12-02
Microsoft Windows, PlayStation 4
Tom Clancy's Rainbow Six Siege adalah sebuah permainan FPS yang dimajukan oleh Ubisoft dan sangat terkenal dalam dunia esports. Pelbagai pilihan operator untuk mengejr kemenangan pasukan anda
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FPSRainbow Six SiegeTom Clancy's Rainbow Six Siegeubisoft
Previous Post

[UPDATE] Sonic at the Olympic Games – Tokyo 2020 keluar hari ini di iOS & Android!

Next Post

Dua OPERATOR baru untuk Tom Clancy’s Rainbow Six Siege: Operation Void Edge!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Dua OPERATOR baru untuk Tom Clancy’s Rainbow Six Siege: Operation Void Edge!

Dua OPERATOR baru untuk Tom Clancy's Rainbow Six Siege: Operation Void Edge!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd