Monkey D. Luffy adalah protagonis kepada siri One Piece dan juga kapten Straw Hat Pirates. Dengan matlamat utama untuk menjadi Pirate King, Luffy berazam untuk menewaskan sesiapa yang menghalang misinya. Dengan setiap musuh yang dia kalahkan, Luffy bertambah semakin kuat.
Luffy memakan Gomu Gomu no Mi pada usia yang muda dan telah dikurniakan kuasa untuk menjadikan seluruh badannya seperti getah. Buah ini membolehkan Luffy untuk memanjangkan mana-mana bahagian badannya di mana-mana arah sebelum kembali ke bentuk asal seperti getah. Gaya pertempuran Luffy mengutamakan kebolehan ini dan tidak lama kemudia, dia menguasai ilmu untuk mengendalikan Haki dan membangkitkan kuasa khas yang dikenali sebagai Gears. Berikut adalah 10 teknik terbaik milik Monkey D. Luffy!
Gomu Gomu no Jet Culverin
Senarai ini bermula dengan salah satu serangan terbaru Luffy yang dipanggil Gomu Gomu no Jet Culverin. Teknik ini hanya boleh diakses melalui Gear Fourth: Snakeman dan merupakan serangan yang sangat berbahaya kerana menggunakan kedua-dua abiliti Gomu Gomu no Mi dan Busoshoku Haki. Tidak seperti Culverin biasa, Jet Culverin mampu mengekalkan momentum dan akan meningkatkan kelajuan sehingga Luffy mengena sasaran. Selain itu, ia ssangat sukar untuk mengelak kerana corak serangan tidak dapat diprediksi hingga musuh-musuh hebat seperti Charlotte Katakuri pun harus menggunakan kelajuan maksimum untuk bertahan.
Gomu Gomu no Kong Gun
Digunakan oleh Luffy di bentuk Boundman, serangan ini menggunakan kekuatan asas yang luar biasa. Menggunakan kuasa getah, Luffy menarik balik lengannya dan melepaskan pukulan yang kuat kepada musuh. Ia pertama kali digunakan melawan Donquixote Doflamingo, yang tewas dengan hanya satu pukulan daripadanya. Luffy juga menggunakannya teknik ini semasa melawan Charlotte Katakuri di Mirror World, bagaimanapun, Katakuri mampu menyerap sebahagian besar damage tetapi masih mengalami kecederaan.
Gomu Gomu no Rhino Schneider
Satu lagi serangan Gear Fourth, Gomu Gomu no Rhino Schneider melihat Luffy menggunakan kakinya berbanding tangannya untuk menyerang. Serangan ini memerlukan Luffy untuk terbang pada kelajuan yang sangat tinggi sambil membelit kakinya, lalu menyepak musuh sehingga mereka terbang. Apabila digunakan melawan Donquixote Doflamingo, Luffy menampilkan tahap kelajuannya yang tinggi sehingga bekas Shichibukai tersebut tidak sempat bertindak balas. Katakuri berjaya menahan serangan ini tetapi masih menerima kecederaan sekali lagi.
Gomu Gomu no Black Mamba
Black Mamba adalah salah satu serangan milik Gear Fourth: Snakeman. Apabila memerhati teknik ini, ia menyerupai serangan ‘Gomu Gomu no Gatling‘ di mana Luffy mengeluarkan sejumlah serangan secara berterusan yang meningkat kelajuannya sehingga terkena musuh. Apabila digunakan melawan Charlotte Katakuri, teknik ini cukup kuat untuk mencederakannya, tetapi kerana abiliti Future Sight, Katakuri dapat mengelakkan kebanyakan serangan ini.
Gomu Gomu no Leo Bazooka
Leo Bazooka dilakukan oleh Luffy dalam Gear Fourth: Boundman. Sama seperti kebanyakan teknik dalam senarai ini, Leo Bazooka juga merupakan satu penambahbaikan pada teknik asas Luffy. Ia bermula dengan Luffy melepaskan serangan kuat bernama Gomu Gomu no Bazooka tetapi hasil daripada peningkatan kelajuan dan kuasa oleh bentuk Boundman, teknik ini jauh lebih kuat sehingga ia mampu menjatuhkan seorang pahlawan hebat seperti Doflamingo.
Gomu Gomu no Kong Organ
Kong Organ adalah versi Gomu Gomu no Gatling dalam bentuk Gear Fourth: Boundman. Teknik ini memberi efek seperti tangan Luffy telah bertambah ketika ia melepaskan tumbukan demi tumbukan kuat. Ketika digunakan melawan Charlotte Cracker, teknik ini terbukti cukup kuat untuk menghancurkan sekumpulan askar biskutnya. Walau bagaimanapun, Luffy tidak berjaya mencederakan Cracker kerana askarnya yang banyak telah melindungi dia.
Gomu Gomu no King Cobra
Kami akhirnya masuk bahagian teknik paling maut milik Luffy, dan ia bermula dengan Gomu Gomu no King Cobra! Teknik ini dilakukan dalam Gear Fourth: Snakeman dan ia merupakan serangan Snakeman paling kuat. Luffy pertama kali menggunakan teknik ini semasa melawan Charlotte Katakuri dan ia berjaya membuat Katakuri pengsan sebentar. Sama seperti teknik Snakeman yang lain, King Cobra akan menggandakan kelajuan sehingga berjaya mengenakan musuh dan membuat lengan Luffy bertambah besar kerana inflasi kuasa yang mengalir di dalamnya.
Gomu Gomu no Cannonball
Kami berehat sekejap daripada teknik Snakeman dan Boundman dan memperkenalkan Gomu Gomu no Cannonball yang boleh digunakan oleh Luffy dalam bentuk Tankman. Selepas makan dalam kuantiti yang banyak, Luffy dapat mengembangkan saiznya dengan menggunakan teknik Gear Fourth. Dengan menggunakan kuasa mampatan bersama kombinasi getah dan Haki, Luffy menyedut musuh di dalam perutnya dan menembaknya keluar menggunakan kuasa yang sangat tinggi. Cracker Charlotte yang sedang bertarung dengan Luffy di Seducing Woods telah terbang sejauh Whole Cake Chateau ketika Luffy menggunakan teknik ini untuk mengalahkannya.
Gomu Gomu no King Kong Gun
Surprsie! King Kong Gun bukanlah teknik paling kuat dalam senarai ini (lihat nombor satu nanti) tetapi ia masih menjadi antara teknik paling kuat. Luffy bermula dengan memampatkan tumbukannya seperti Kong Gun biasa, tetapi selepas itu, Luffy meniup lebih banyak udara ke dalam ototnya, lalu meningkatkan lagi saiz penumbuknya. Selepas melancarkan serangan ini, mana-mana musuh pasti terhempas ke tanah jika terkena. Apabila Luffy menggunakan King Kong Gun pada Doflamingo, teknik itu terlalu kuat sehingga impak serangan ini memecahkan tanah di bawah kaki mereka. Malangnya, ia tidak memberi apa-apa efek Kaido, salah seorang Yonko.
Gomu Gomu no King Kong Gun (Ryou)
Satu lagi teknik King Kong Gun, tetapi masih berbeza dari yang sebelum di dalam senarai ini. Gomu Gomu no King Kong Gun ini diperbaiki lagi semasa Luffy berada di dalam penjara Udon di Wano Country. Setelah mempelajari teknik Haki lagi kuat yang dikenali sebagai Ryou, Luffy tidak perlu meniup udara ke tangannya untuk menjadikannya besar. Sebaliknya, dia boleh menggunakan teknik ini dengan menumpukan sejumlah besar Ryou di dalam serangan dan melancarkannya pada musuh. Luffy mendemonstrasikan teknik ini semasa latihan di penjara Udon. Oleh kerana Ryou adalah tahap Haki yang lebih tinggi, tidak boleh dinafikan bahawa teknik ini adalah versi King Kong Gun yang lebih kuat.
@gamersantaimy
Discussion about this post