Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Musim ke-11 PUBG Mobile bermula 10 Januari ini dan ini apa yang anda perlu tahu!

Nampaknya kali ini tema ala-ala Cyberpunk!

Nyny.A by Nyny.A
January 8, 2020
in Android, Artikel, Berita, Emulator, iOS, Mobile
0 0
0
Musim ke-11 PUBG Mobile bermula 10 Januari ini dan ini apa yang anda perlu tahu!
Share on FacebookShare on Twitter

Pejam celik pejam celik akhirnya musim ke-10 berlalu begitu sahaja di PUBG Mobile. Jadi macam mana korang semua? Sempat habiskan misi-misi RP tak? Kalau tak sempat tu, buat-buatlah simpan duit dulu rehat dari misi RP ye! Tapi yang mana geram sangan dengan musim ke-11 yang akan datang bermula 10 Januari ini, bersiap sedia kerana dunia tema ala-ala Cyberpunk menanti anda!

Macam biasa beberapa kebocoran maklumat yang kami dapatkan untuk setiap musim terutama dari Youtubers Mr.Ghost Gaming. Setiap kebocoran yang dikongsikan beliau kebanyakan nya adalah betul. Jadi kami akan kongsikan hari ini apa yang bakal hadir dalam musim ke-11 PUBG mobile ini.

 

Musim ke-11 ini akan diberikan nama “Operation Tommorow” dengan tema ala-ala Cyberpunk dan baju, skin, serta pelbagai barangan lain yang pasti akan menarik perhatian anda semua.

Pakaian dan Skin

Seperti biasa, setiap musim akan menampilkan ganjaran dan pembelian dalam permainan untuk pelbagai skin, pakaian dan banyak lagi untuk menampilkan keterampilan watak anda. Ganjaran Ranking kali ini, anda akan mendapat pakaian hitam merah jika sampai ke ‘Gold Tier’, Topeng muka untuk ‘Platinum Tier’, skin senjata MK11 di ‘Diamond Tier’, skin Parachute untuk ‘Ace’ dan anda akan mendapat avatar frame musim ke-11 bila mencapai ‘Conquerer’! Terdapat juga ganjaran bertemakan ‘Pummeler’ yang termasuk skin senjata M416, M762, pan, helmet dan beg. Paling menarik kali ini terdapat skin senjata sniper AWM dam skin DP28 yang selari dengan tema musim terbaru ini.

 

1 of 10
- +

Bengkel kenderaan pula akan tersedia juga beberapa skin baru untuk motosikal yang digelar ‘Roaring Tiger’ dimana boleh di upgrade sehingga tiga peringkat sama seperti skin UAZ sebelum ini. Tidak terlupa juga untuk skin pakaian dari pembelian RP! Seperti dalam galeri anda lihat diatas, terdapat pelbagai pakaian ala-ala futuristik tersedia terutama dapat dilihat ditopengnya. Juga terdapat kostum beruang polar yang sangat comel dan yang ini masih tidak dapat kepastian antara bawah misi RP ataupun di crate. Skin helmet dan beberapa senjata yang lain turut menarik perhatian kami.

Mod Domination

Musim terbaru ini dikatakan akan ada tambahan lagi didalam mod EvoGrounds yang dinamakan Domination. Domination akan berada didalam peta baru bernama ‘Town’, dan mod ini sama seperti Call of Duty Mobile dimana anda dan skuad anda perlu menangkap kawasan yang ditentukan (ditanda A,B,C) dan pertahankan selama mungkin. Tiada sebarang kematian terhad atau respawn terhad dalam mod ini. Peta terbaru ini nampak sangat menarik dan terdapat mata akan diberikan pada pemain.

Dan yang terakhir~

Sebagai tambahan didalam PUBG Mobile musim ke-11, terdapat emote MVP terbaru dimana watak anda akan beraksi ala-ala mengambil selfie. Sebelum ini juga pernah dinyatakan bahawa akan ada snowbike di Vikendi untuk menggantikan motor biasa, juga ‘Riot Shield’ akan ditambah di mod EvoGrounds juga. Tapi yang ini masih belum mendapat kepastian lagi.

Apa lagi anda semua sudah bersedia untuk musim terbaru PUBG Mobile yang dijadualkan hadir 10 haribulan ini? Jangan lupa untuk kejar tier Conquerer anda dan selesaikan kesemua misi RP anda okay!

Sumber: Mr.GhostGaming

Muat turun di sini
PUBG Mobile
Publisher: Tencent Games
Developer: Lightspeed & Quantum
Release Date: 2018-02-09
Android, iOS
PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS yang direka khas untuk mudah alih! Bermain secara percuma di mana sahaja, bila-bila masa. PUBG MOBILE menyampaikan tindakan berbilang pemain yang paling sengit di telefon bimbit. Jatuhkan, gearkan, dan bersaing. Pertahankan pertempuran klasik epik 100-pemain, mod muatan dan pasukan peminat pasukan 4v4 dan mod zombie yang pantas. Paling penting Winner Winner Chicken Dinner!
Tags: battle royalemobile gamepubg mobilePUBG Mobile musim ke-11Season 11 PUBG Mobile
Previous Post

World of Dragon Nest dilancarkan secara rasmi untuk iOS & Android di Malaysia!

Next Post

10 TEKNIK paling KUAT milik Monkey D. Luffy! Nombor 1 paling OP!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Next Post
10 TEKNIK paling KUAT milik Monkey D. Luffy! Nombor 1 paling OP!

10 TEKNIK paling KUAT milik Monkey D. Luffy! Nombor 1 paling OP!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd