Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SPEAKING SIMULATOR ialah sebuah game tentang Android yang ingin mendominasikan bumi!

Akan dilancarkan pada Januari 2020.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 9, 2020
in Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
SPEAKING SIMULATOR ialah sebuah game tentang Android yang ingin mendominasikan bumi!
Share on FacebookShare on Twitter

Speaking Simulator adalah sebuah gag game yang agak mirip dengan Goat Simulator. Ia mengisahkan seorang android yang cuba menyusup ke dalam masyarakat manusia dengan matlamat utama untuk DOMINASI. Untuk capai matlamat ini, android ini menggunakan kuasa percakapan, suatu proses yang melibatkan pemain menggunakan kekunci WASD untuk memanipulasi lidah android tersebut sambil menggerakkan rahang menggunakan tetikus. Dengar seperti mudah kan? ANDA SALAH! Kawalannya sangat sukar, dan aspek ini yang membuatkan game ini menghiburkan.

Misi untuk menguasai dunia bermula dengan misi-misi mudah seperti “dating” dan “interview” kerja. Jika anda berjaya mengekalkan identiti tanpa masalah, misi akan bertambah sukar di mana anda menghadapai khalayak yang lebih besar dalam situasi yang lebih tertekan. Malangnya, anda bukanlah android yang canggih, dan semakin banyak anda membuat kesilapan, semakin gugup dan bingung anda akan menjadi. Jika tidak dikawal dengan baik, muka android ini akan mula berpecah dan akhirnya meletup, lalu kantoilah rahsia anda!

Bercakap bukan satu-satunya cabaran yang perlu anda hadapi. Apabila jalan cerita semakin jauh, anda juga perlu belajar bagaimana untuk senyum, kerutkan dahi, dan mengelak “eye contact” yang tidak selesa. Berlakon normal adalah matlamat anda, walaupun jelas sekali anda sangat pelik. Bagi pemain yang tidak ingin menghadapi kerumitan manusia, Speaking Simulator juga mempunyai “Self Expression Mode” di mana manusia dan robot boleh bergaul sesama sendiri di dalam kelab.

Affable Games mengumumkan bahawa Speaking Simulator akan keluar pada 30 Januari melalui Steam. Ketahui lebih lanjut di laman web rasmi mereka.

Tags: Affable GamessimulatorSpeaking Simulatorsteam
Previous Post

10 TEKNIK paling KUAT milik Monkey D. Luffy! Nombor 1 paling OP!

Next Post

Era 80-an GTA Vice City kini kembali di Grand Theft Auto V?!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Era 80-an GTA Vice City kini kembali di Grand Theft Auto V?!

Era 80-an GTA Vice City kini kembali di Grand Theft Auto V?!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd