Selepas diumumkan dalam isu terkini Weekly Famitsu, berikut adalah butiran terbaru tentang permainan video terbaru dalam siri Yakuza, Yakuza: Like a Dragon:
Maklumat Karakter
- Kazuma Kiryu, Goro Majima, Taiga Saeshima, dan Daigo Dojima akan muncul menurut pengarah siri Yakuza Toshihiro Nagoshi.
- Joon-gi Han dan Tianyou Zhao boleh menjadi ahli parti.
- Ryo Aoki (disuarakan oleh Kousuke Toriumi) adalah gabenor Tokyo.
- Bleach Japan adalah organisasi yang beroperasi untuk menghapuskan “grey zone (aktiviti yang ganas atau agresif)” dalam masyarakat dengan mengadakan demonstrasi protes di bandar.
- Ogasawara (disuarakan oleh Tarusuke Shingaki) adalah wakil Bleach Japan.
- Kume (disuarakan oleh Daisuke Hirakawa) adalah pemimpin cawangan Yokohama untuk Bleach Japan.
Dungeon
Dungeon adalah kawasan berbahaya di mana golongan gelandangan dan sakit berkumpul dalam jumlah yang besar. BOSS menanti menanti anda di pelusuk paling dalam dan pemain juga boleh mencari peti harta karun.
Sub-Stories
- “Welcome to the Great Animal Circus” – Tewaskan beruang yang melarikan diri di bandar.
- “Legendary Underground Arms Dealer” – Berjumpa dengan seorang lelaki bernama Chow yang tahu lebih mendalam tentang Kazuma Kiryu.
- “To Suck with You” – Ruangan roomba sedang mengamuk liar di bandar.
Battle Arena
- Kawasan pertempuran dengan jumlah 30 tingkat.
- Setiap tingkat mempunyai peraturan khusus.
- Capailah tingkat tertinggi untuk meraih ganjaran hebat.
Sujimon
Setelah bertemu Profesor Sujimon, Kasuga memutuskan untuk mengumpul makhluk berbahaya tersebut (Sujimon). Misi pertama dia adalah untuk mencabar Green, Red, and Blue. The Sujimon Encyclopedia adalah alat mudah untuk melihat maklumat seperti kelemahan dan item yang dikumpul. Lengkapkan koleksi 252 Sujimon untuk menjadi Sujimon Master!
Yakuza: Like a Dragon dijangka akan keluar untuk PlayStation 4 pada 16 Januari 2020 di Jepun, dan pada kemudian di Amerika dan Eropah. Peminat yang tidak sabar boleh baca artikel Yakuza: Like a Dragon kami yang lain untuk maklumat lanjut.
Sumber – Famitsu
@gamersantaimy
Discussion about this post