Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero One’s Justice 2 ditetapkan untuk 13 Mac 2020! Berdasarkan anime terkenal, My Hero Academia!

Untuk PS4, XB1, Switch & PC.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 18, 2019
in Anime, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
My Hero One’s Justice 2 ditetapkan untuk 13 Mac 2020! Berdasarkan anime terkenal, My Hero Academia!
Share on FacebookShare on Twitter

Pertarungan untuk keadilan sebenar berterusan, tetapi kali ini ia semakin besar, semakin ganas, dan semakin sengit di MY HERO ONE’S JUSTICE 2! Berdasarkan siri anime terkenal My Hero Academia, semua watak kegemaran anda kembali dalam game 3D brawler ini. Dengan pilihan 40 playable character, bina pasukan impian sendiri dengan Hero atau Villain kegemaran anda.

Bandai Namco telah melancarkan trailer rasmi baru untuk My Hero One’s Justice 2 yang memperkenalkan watak-watak baru yang tiada di permainan pertama. Watak-watak yang dikatakan ialah Mirio Togata, Tamaki Amajiki, Nejire Hado, Sir Nighteye, Overhaul (Kai Chisaki), Fat Gum, Tamaki Amajiki, Nejire Hado, Mina Ashido, Minoru Mineta, Mr Compress, dan Twice.

Trailer tersebut juga menunjukkan beberapa mekanik dan sistem baru untuk My Hero One’s Justice 2. Customization nampaknya semakin mendalam, dan ini memberikan anda lebih banyak pilihan untuk mengayakan watak-watak. My Hero One’s Justice 2 akan memaparkan ciri “stage destruction“, yang bermaksud arena pertarungan boleh dimusnahkan mengikut rentak permainan. Sekuel ini juga membolehkan anda bermain dengan tiga pemain lain dalam pertempuran 2v2. Masih tidak jelas jika mode ini hanya boleh dimain online, offline, atau kedua-duanya sekali.

Sebagai bonus tambahan, pra-pesanan untuk edisi Standard atau Collector’s akan mendapat akses awal kepada Nomu dan dua watak misteri lain. Selain itu, pemain yang membeli versi Collector’s Edition bernilai $129.99 (RM538.52) boleh mendapatkan barang-barang eksklusif berikut:

  • Base Game
  • My Hero Academia Shikishi
  • 20cm LED Figurine
  • Exclusive Steelbook
  • Collector’s Box
  • Deku & Overhaul Keychain Game Badge

My Hero One’s Justice 2 dijadualkan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan Switch pada 12 Mac 2020 di Jepun, dan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, dan PC (Steam) pada 13 Mac di seluruh dunia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBandai NamcoMy Hero AcademiaMy Hero One’s Justice 2
Previous Post

Jom lihat 5 Evolusi Poligon dari watak-watak ikonik di permainan PlayStation!

Next Post

Jawatan Kosong untuk Pengarah Kanan PlayStation’s PD Services Group Malaysia penuh tidak sampai 24 jam dibuka!!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Jawatan Kosong untuk Pengarah Kanan PlayStation’s PD Services Group Malaysia penuh tidak sampai 24 jam dibuka!!

Jawatan Kosong untuk Pengarah Kanan PlayStation’s PD Services Group Malaysia penuh tidak sampai 24 jam dibuka!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd