Perjalanan kami ke Filipina tidak dipersiakan kerana sebentar tadi, secara rasminya perlawanan rasmi esports yang didebut dipertandingkan di SEA GAMES 2019 bersama enam pingat yang bakal direbuti oleh beberapa buah negara Asia Tenggara yang termasuk tuan rumah SEA Games tahun ini Filipina, Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Myanmar, Vietnam, Kambodia dan Laos!
Bertempat di FliOil Flying V Centre, bermula hari ini Disember sehingga 10 Disember 2019 ini. Dipandang sebagai salah satu sukan yang paling cepat berkembang di seluruh dunia, esport telah mengambil tahap yang lebih besar dengan kolam hadiah yang lebih tinggi hampir sebaris bersama sukan-sukan yang lain.
Kini, seperti SEA Games yang lain, bahagian esports tidak berdiam diri membawa bersama wakil atlit terbaik yang dibawa oleh negara yang disebut seperti diatas untuk permainan Mobile Legends: Bang Bang, Tekken 7, DOTA 2, Starcraft II, Hearthstone dan Arena of Valor.
Pembukaan acara bersama Francis Zamora juga merupakan Datuk Bandar di San Juan City, Manila, kemudiandiikuti bersama Min-Liang Tan CEO dan Pengasas bersama Razer juga Kenneth Fok, Presiden Esports Federation . Kemudian acara diikuti dengan acara sumpah sukan dari atlit Jia Aquino pemain Heathstone Filipina. Bermula dalam jam 12 lebih tengahari tadi, pasukan Malaysia menentang Vietnam telah pun bermula untuk perlawanan pusingan kelayakan Mobile Legends: Bang Bang dan diteruskan dengan barisan permainan lain jam-jam seterusnya.
Siapa rasa anda negara yang bakal memiliki pingat Emas tertinggi untuk Esports di SEA Games? Dengan En. Firdaus Hashim (Masteramen) sebagai pengurus bagi esports negara kita, harapan keyakinan tinggi dan sokogan sepenuhnya diberikan kepada atlit Malaysia, harap mereka dapat buat yang terbaik! Jadi, pada anda yang teringin nak saksikan segala perlawanan esports di SEA Games, anda boleh lihat didalam talian melalui Twitch dan Youtube RAZER!
@gamersantaimy
Discussion about this post