Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Krafton Umum ‘NO LAW,’ Judul Cyber-Noir Open-World FPS RPG Untuk 2027

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 26, 2026
in Artikel, Berita, Epic Store, Open World, PC, PS5, RPG, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Krafton Umum ‘NO LAW,’ Judul Cyber-Noir Open-World FPS RPG Untuk 2027
Share on FacebookShare on Twitter

Krafton dan pembangun Neon Giant telah berkongsi maklumat serta gameplay terbaharu untuk game akan datang, NO LAW; sebuah open-world FPS RPG yang bakal dilancarkan pada tahun 2027 untuk PC (Steam dan Epic Games Store), PlayStation 5, serta Xbox Series X|S.

Dalam NO LAW, pemain akan mengawal watak Grey Harker, seorang veteran tentera dengan pengalaman bertempur berpuluh tahun. Selepas terselamat daripada kecederaan parah yang hampir meragut nyawanya dalam misi terakhir, Harker membuat keputusan untuk meninggalkan dunia keganasan. Dia memilih untuk hidup tenang sambil menjaga tanamannya, berharap tidak lagi terjebak dengan sebarang masalah.

Namun, masalah tetap datang mencarinya. Apabila kehidupan tenangnya diganggu, Harker terpaksa menggunakan semula latihan black-ops dan senjata custom miliknya untuk membalas dendam serta merampas semula apa yang telah diambil daripadanya.

Game ini berlaku di Port Desire, sebuah kota metropolitan yang terbina di lereng tebing menghadap laut.

Reka bentuk bandar ini menekankan elemen menegak. Pemain bebas meneroka pelbagai kawasan, dan tanpa undang-undang atau pihak berkuasa untuk mengawal keadaan, kuasa berada di tangan sesiapa yang berani merebutnya.

NO LAW memberi tumpuan besar kepada kebebasan pemain dan fleksibiliti dalam menjalankan misi:

  • Anda boleh menyelesaikan objektif secara senyap melalui taktik stealth dan hacking, menggunakan gajet serta pergerakan untuk memperdaya musuh, atau menyerbu masuk dengan tembakan.
  • Pemain akan mendapat akses kepada peranti tentera yang boleh diubah suai serta augmentasi khas untuk menyesuaikan loadout mengikut gaya permainan masing-masing.
  • Neon Giant menjanjikan naratif di mana setiap keputusan membawa kesan tersendiri. Pilihan anda sama ada untuk membantu rakan atau menghapuskan musuh akan mengubah jalan cerita, lalu membuka laluan misi berbeza dan pelbagai penamat apabila dimainkan semula.

Dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5, game ini menampilkan persekitaran padat, pencahayaan dinamik, tindak balas orang yang hidup, serta kemusnahan persekitaran.

Tags: NO LAW
ShareTweetSend
Previous Post

PUBG: DED.NET – Bukan Battle Royale Tapi FPS Roguelite; Pendaftaran Closed Beta Dibuka

Next Post

Mahu Cabar 80 Boss Berbeza? Siap Sedia Untuk TARAE: The Unbound

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Mahu Cabar 80 Boss Berbeza? Siap Sedia Untuk TARAE: The Unbound

Mahu Cabar 80 Boss Berbeza? Siap Sedia Untuk TARAE: The Unbound

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd