Jika anda sedang mengumpul Gem, tahan dulu niat untuk guna. Level Infinite dan pembangun Shift Up mengumumkan bahawa GODDESS OF VICTORY: NIKKE akan menganjurkan kolaborasi besar-besaran bersama siri Persona bertajuk “PERSONA ON FRONTLINE” bermula Khamis, 13 Ogos 2026.
Jika kebiasaannya kolaborasi game gacha hanya berfokus pada satu judul (selalunya Persona 5), acara kali ini berbeza kerana menggabungkan tiga game utama daripada francais RPG terbitan Atlus secara serentak:
- Persona 3 Reload
- Persona 4 Golden
- Persona 5 Royal
Kolaboasi ini dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-30 siri Persona. Dengan menyatukan tiga era berbeza daripada francais tersebut, Level Infinite dan Shift Up menampilkan salah satu projek kolaborasi paling besar dalam sejarah NIKKE.
Meskipun gameplay NIKKE x Persona belum ditunjuk, antara perkara yang boleh dijangkakan termasuk:
- Elemen bertema yang diinspirasikan daripada Dark Hour (Persona 3), Midnight Channel (Persona 4), dan Phantom Thieves (Persona 5).
- Babak cerita dan mod permainan istimewa yang menyatukan kedua-dua francais.
- Unit boleh dimainkan serta ganjaran masa terhad yang menampilkan watak dan elemen ikonik daripada ketiga-tiga game.
Butiran lanjut (seperti pendedahan senarai watak, pratonton skill, dan ganjaran acara) akan diumumkan secara berperingkat tidak lama lagi.








Discussion about this post