Peminat kini boleh meneroka dunia hololive menerusi pelancaran rasmi hololive Dreams (atau disingkatkan sebagai holodori). Hasil kerjasama COVER Corporation dan QualiArts (anak syarikat CyberAgent), rhythm RPG free-to-play ini telah dilancarkan sejak 23 Julai 2026. Pemain di Malaysia boleh memuat turunnya di iOS, Android, mahupun PC menerusi Steam.
Berlatarkan sebuah pulau terapung yang tidak berpenghuni, hololive Dreams menggabungkan elemen gameplay rhythm dengan pengurusan taman tema. Dalam game ini, anda akan membina “Dream Park”; sebuah taman tema impian buat ahli-ahli hololive production.
Sambil membina pelbagai fasiliti dan berinteraksi bersama ahli hololive, anda boleh memainkan pentas rhythm yang diiringi lagu-lagu asal mahupun lagu cover popular. Pada fasa pelancaran ini sahaja, lebih 50 Virtual YouTuber dan lebih 150 lagu sedia untuk dimainkan.
hololive Dreams menyediakan sistem “Redraw Gacha” sebaik sahaja anda mula bermain. Anda tidak perlu membuang masa me-reset akaun secara berulang kali; sebaliknya, anda boleh re-roll pada cabutan pertama sehingga mendapat ahli hololive kegemaran pada tahap rarity tertinggi.
Pada hari pelancaran, hololive Dreams berjaya mencatat lebih 1.5 juta prapendaftaran di seluruh dunia. Bagi meraikan pencapaian ini, semua pemain yang log in dapat menuntut pelbagai ganjaran secara percuma:
- 2,500 Diamond (cukup untuk 10 kali cabutan gacha)
- 1x Tiket Gacha Dijamin ★4+ & 5x Tiket Gacha Standard
- 3x Music Disk (digunakan untuk membuka lagu)
- Item memori “Live Stage Day/Night” dan “Park Day/Night”
- Aksesori kosmetik Pixel Sunglasses dan Kawaii Hairpins untuk kesemua 54 ahli yang terlibat
Bukan itu sahaja, acara Release Celebration Login Bonus turut diadakan. Hanya dengan log in setiap hari sepanjang tempoh promosi, anda boleh mengumpul Diamond tambahan untuk 10 lagi cabutan gacha.
Bagi memastikan pengalaman sentiasa segar, pihak pembangun turut mengadakan acara “Extra Song Campaign: 25 New Songs in 15 Days”. Berlangsung selama 15 hari berturut-turut bermula dari tarikh pelancaran, sebanyak 25 lagu asal dan cover baharu akan ditambah secara berperingkat ke dalam game. Pengumuman senarai lagu dan kemas kini harian akan dikongsi menerusi akaun rasmi X mereka.
hololive Dreams ditawarkan secara free-to-play dengan pilihan pembelian dalam aplikasi. Pemain tempatan boleh memuat turun menerusi pautan berikut:
- iOS: App Store
- Android: Google Play Store
- PC: Steam
- Laman Web Rasmi: hololive-dreams.com









Discussion about this post