Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tiada Dalam Novel Atau Manhwa, Solo Leveling: KARMA Akan Jelaskan Arc “27-Year War” Di Bawah Seliaan Chugong

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 13, 2026
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC, RPG, Steam
0 0
0
Tiada Dalam Novel Atau Manhwa, Solo Leveling: KARMA Akan Jelaskan Arc “27-Year War” Di Bawah Seliaan Chugong
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas beberapa pengumuman penting baru-baru ini, Netmarble bersama pembangun Netmarble Neo melancarkan Story Trailer rasmi bagi judul roguelite action RPG akan datang, Solo Leveling: KARMA.

Ketika sesi panel “Solo Leveling: KARMA – Expanding Universe“, pasukan pembangun mendedahkan bahawa jalan cerita game ini dibangunkan dengan penglibatan dan penyeliaan langsung daripada Chugong, iaitu pencipta asal web novel Solo Leveling. Bagi para peminat, ini merupakan satu berita gembira. Walaupun novel asal dan manhwa berakhir dengan epilogue yang samar tentang perjuangan solo Sung Jinwoo di dalam Dimensional Gap, Solo Leveling: KARMA bakal menceritakan seluruh konflik tersebut sekali gus menjadikannya sekuel” canon” sebenar.

Dalam siri asal, Jinwoo menggunakan Cup of Reincarnation untuk memutar balik masa dan memasuki Dimensional Gap. Di sana, dia berjuang sendirian menentang para Monarch bagi menghalang kematian tragis orang-orang tersayang. Walaupun Jinwoo terpaksa mengharungi peperangan kejam tanpa henti selama 27 tahun di alam yang dilupakan itu, hanya dua tahun sahaja yang sebenarnya berlalu di dunia sebenar.

Kali ini, pertaruhannya jauh lebih tinggi kerana Antares, sang Monarch of Destruction, masih mengekalkan ingatan dari garis masa lalu dan bertekad untuk tidak tewas lagi. Memandangkan kedua-dua pihak sudah tahu taktik lawan masing-masing, pertarungan mereka pasti lebih sengit.

Selain itu, Netmarble turut memperkenalkan musuh baharu yang dikenali sebagai “Mutated Hunters”. Mereka merupakan musuh hebat yang dicipta oleh para Monarch untuk menghapuskan Jinwoo. Pihak pembangun membayangkan pertarungan ini bakal membawa impak emosi yang besar kerana pemain terpaksa berdepan dengan watak-watak yang pernah dikenali, namun kini kembali sebagai musuh.

Solo Leveling: KARMA beralih daripada formula action-RPG tradisional untuk menawarkan pengalaman isometric hack-and-slash roguelite. Pemain akan mengawal Jinwoo dan bertarung menggunakan pelbagai variasi senjata seperti dagger, sabit, dan busur.

Bagi memastikan medan lawan sentiasa berubah, pemain boleh memilih naik taraf “Blessing” untuk memberikan buff pada skil dan stat mereka secara langsung. Game ini turut dilengkapi mekanik summoning yang membolehkan pemain memanggil Shadow ikonik seperti Igris dan Iron untuk melancarkan kombo dahsyat. Dengan struktur roguelite, setiap sesi permainan memberi peluang kepada pemain untuk bereksperimen dengan pelbagai kombinasi senjata serta naik taraf yang berbeza.

Antara kejutan terbesar dalam sesi pembentangan tersebut adalah pengumuman pelakon suara terkenal, Troy Baker, yang akan memegang watak Antares (Monarch of Destruction) dalam versi bahasa Inggeris. Baker menyertai barisan pelakon suara sedia ada termasuk Aleks Le, yang kembali meminjamkan suaranya untuk protagonis utama, Sung Jinwoo.

Solo Leveling: KARMA sedang dibangunkan untuk PC, iOS, dan Android, dengan pelancaran rasmi pada tahun 2026.

Tags: Solo Leveling: KARMA
ShareTweetSend
Previous Post

[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong

Next Post

Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok – Cara Dapatkan Senjata Terkuat Dalam Game

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong
Eksklusif

[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong

July 10, 2026
Marvel Rivals – Season 9 Memperkenalkan Jubilee, Rombakan Sistem Team-Up & Rework Black Widow
Berita

Marvel Rivals – Season 9 Memperkenalkan Jubilee, Rombakan Sistem Team-Up & Rework Black Widow

July 10, 2026
Bandai Namco Kongsi Gameplay Dragon Ball Xenoverse 3; Apa Yang Kami Tahu?
Berita

Bandai Namco Kongsi Gameplay Dragon Ball Xenoverse 3; Apa Yang Kami Tahu?

July 10, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd