Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok – Cara Dapatkan Senjata Terkuat Dalam Game

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 13, 2026
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Nintendo Switch 2, Panduan, PC, PS4, PS5, Steam
0 0
0
Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok – Cara Dapatkan Senjata Terkuat Dalam Game
Share on FacebookShare on Twitter

Expansion Endless Ragnarok untuk Granblue Fantasy: Relink membawa pelbagai cara baharu untuk menguatkan watak anda. Untuk mencapai tahap kuasa tertinggi, anda perlu melalui proses yang agak panjang. Dalam hal ini, menaik taraf senjata merupakan salah satu kaedah paling berkesan untuk meningkatkan statistik.

Panduan ini menerangkan langkah-langkah yang diperlukan untuk mendapatkan dan menaik taraf sepenuhnya senjata paling berkuasa dalam expansion ini.

Senjata terbaik bagi setiap watak ialah senjata Terminus yang dinaik taraf sepenuhnya ke fasa Fully Transcended. Relink menawarkan pelbagai jenis senjata seperti Defender, Ascension, Stinger, dan Terminus. Setiap jenis senjata bukan sahaja berbeza dari segi statistik asas, malah mempunyai trait unik yang tidak boleh didapati pada Sigil biasa.

Senjata Terminus sangat bernilai sejak versi pelancaran awal lagi kerana potensi damage yang sangat tinggi, dan sistem Transcendence membolehkan kita meningkatkan keupayaannya dengan lebih jauh lagi. Namun begitu, proses tersebut memerlukan pelaburan masa yang agak lama.

Cara Mendapatkan Senjata Terminus

Langkah pertama bermula dengan mendapatkan senjata asas Terminus. Sebelum ini, senjata ini hanya boleh didapati sebagai ganjaran rawak yang sangat rare daripada boss Proto Bahamut dalam quest “The Tale of Bahamut’s Rage.”

Kini menerusi expansion Endless Ragnarok, anda boleh forge senjata Terminus di Blacksmith dengan menggunakan bahan-bahan khusus.

Walaupun masih perlu menyelesaikan quest tersebut dan beberapa cabaran lain untuk mengumpul bahan, kadar jatuh bahan-bahan ini dijamin dapat.

Ini memberikan jaminan untuk menghasilkan senjata idaman, lantas mengurangkan masalah akibat bergantung kepada drop rawak yang sering kali memberikan senjata untuk watak yang tidak kita gunakan. Pada masa yang sama, sistem drop rawak masih dikekalkan, memudahkan kita mengumpul senjata bagi watak lain dalam roster.

Proses Naik Taraf dan Awakening

Sebaik sahaja mendapat senjata Terminus, anda perlu meningkatkan tahapnya ke level 150. Berbeza dengan kategori senjata lain, anda boleh terus menaik taraf senjata Terminus ke tahap maksimum tanpa disekat oleh keperluan bahan “uncap” biasa yang sering menghalang kemajuan pemain.

Proses ini hanya memerlukan “Rupies” dan “Fortitude Crystal”; dua bahan yang sangat mudah dikumpu dan biasanya sudah sedia disimpan dalam jumlah yang banyak oleh pemain endgame.

Sebelum melangkah ke fasa Awakening, anda juga boleh menambah beberapa peningkatan pilihan berikut:

  • Plus Marks: Gunakan Mirage Munition untuk menambah Plus Mark sehingga +99 bagi memperoleh bonus stat HP dan ATK.
  • Imbuing: Masukkan Wrightstone untuk dapatkan trait khusus mengikut kesesuaian gaya permainan.

Langkah-langkah ini adalah pilihan sepenuhnya, jadi anda boleh melangkauinya jika mahu memberi tumpuan kepada naik taraf asas terlebih dahulu.

Untuk memulakan fasa Awakening, kunjungi Siero’s Knickknack Shack, buka menu “Awakening/Transcendence”, dan pilih senjata Terminus anda. Proses Awakening merangkumi 10 tahap, di mana setiap tahap memerlukan bahan naik taraf tersendiri.

Pengumpulan bahan sekarang jauh lebih mudah menerusi mod “The Conflux”; anda hanya perlu memilih pakej ganjaran seperti “Terminus’s Awakening” untuk mendapatkan semua komponen yang diperlukan dengan pantas.

Proses Transcendence

Setelah senjata mencapai tahap Awakening 10, anda boleh beralih ke proses Transcendence. Fasa ini juga mempunyai 10 tahap tambahan, namun ia memerlukan bahan-bahan yang sangat rare dan hanya boleh didapati menerusi quest endgame paling susah dalam Endless Ragnarok.

Sistem Transcendence hanya boleh unlock selepas anda menamatkan jalan cerita Endless Ragnarok dengan menewaskan boss Omnis Zegalith dalam quest “The Not Forgotten Sky.” Quest ini mengesyorkan rating PWR sebanyak 35,000.

Oleh kerana pertarungan ini agak susah diselesaikan secara solo, menggunakan fungsi “public matchmaking” adalah pilihan terbaik sekiranya anda menghadapi kesukaran.

Selepas Transcendence dibuka, anda perlu menyelesaikan pelbagai quest Chaos++ untuk mengumpul bahan naik taraf yang diperlukan. Ambil perhatian bahawa pakej ganjaran “The Conflux” tidak boleh digunakan untuk fasa ini, kerana ia hanya dikhususkan untuk crafting asas dan bahan Awakening sahaja.

Cabaran terbesar dalam mencapai tahap Transcendence 10 adalah untuk mendapatkan Hexachrome Quartz, iaitu bahan paling rare dalam game ini. Berbeza dengan barangan lain, game ini langsung tidak memberikan sebarang petunjuk tentang lokasi drop bahan ini.

Walau bagaimanapun, komuniti pemain mengajar bahawa Hexachrome Quartz ditawarkan sebagai ganjaran drop daripada Omnis Zegalith level 350.

Bagi membuka pertarungan level 350 ini, anda perlu melepasi ujian yang terdiri daripada empat quest paling mencabar pada tahap kesukaran “Infinity” (satu tahap di atas Chaos++). Setiap quest ini memerlukan rating PWR sebanyak 45,000 dan memerlukan kita melawan versi musuh yang jauh lebih agresif bagi:

  • The World
  • Beelzebub
  • Lucilius
  • Bahamut Versa

Pertarungan ini sangat mencabar dan mempunyai had masa yang ketat iaitu 13 minit sahaja, sekali gus memerlukan output damage yang amat tinggi.

Menewaskan boss-boss ini secara solo adalah tugasan yang berat, namun anda boleh sertai lobi multiplayer yang dipenuhi pemain berpengalaman (kebanyakannya melebihi 50,000 PWR) untuk mendapatkan bantuan.

Ganjaran Selepas Mencapai Tahap Transcendence 10

Apabila mencapai tahap Transcendence 10, senjata akan disempurnakan sepenuhnya. Ini akan memberikan peningkatan ATK yang sangat ketara serta membuka trait Unbound Master level 55, yang meningkatkan Damage Cap sebanyak 50%.

Selain itu, trait eksklusif senjata seperti Catastrophe Nova akan mencapai tahap maksimum secara automatik pada level 35. Trait ini memberikan buff ATK sehingga 70% dan peningkatan Damage Cap sebanyak 500%, selagi HP maksimum watak tidak melebihi 200,000.

Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok boleh didapati di Nintendo Switch 2, PlayStation 5, PlayStation 4, dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Tags: Granblue Fantasy: Relink - Endless RagnarokPanduan
ShareTweetSend
Previous Post

Tiada Dalam Novel Atau Manhwa, Solo Leveling: KARMA Akan Jelaskan Arc “27-Year War” Di Bawah Seliaan Chugong

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tiada Dalam Novel Atau Manhwa, Solo Leveling: KARMA Akan Jelaskan Arc “27-Year War” Di Bawah Seliaan Chugong
Berita

Tiada Dalam Novel Atau Manhwa, Solo Leveling: KARMA Akan Jelaskan Arc “27-Year War” Di Bawah Seliaan Chugong

July 13, 2026
[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong
Eksklusif

[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong

July 10, 2026
Marvel Rivals – Season 9 Memperkenalkan Jubilee, Rombakan Sistem Team-Up & Rework Black Widow
Berita

Marvel Rivals – Season 9 Memperkenalkan Jubilee, Rombakan Sistem Team-Up & Rework Black Widow

July 10, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd