Marvel Rivals secara rasmi melancarkan Season 9: The Mystery of Thebes hari ini yang membawa pelbagai pembaharuan menarik, termasuk pengenalan mutan Jubilee sebagai hero baharu, rework bagi sistem Team-Up, serta rombakan terhadap Black Widow bagi mengubah gaya permainannya.
Pembunuhan dalam Collapsed Timeline
Jalan cerita musim ini membawa pemain ke “Collapsed Timeline” yang memfokuskan pada mutan purba, Apocalypse. Selepas menyaksikan kemusnahan dunia, Apocalypse sasar pelbagai dewa untuk menyerap kepercayaan mereka demi meraih status dewa. Namun, rancangannya tergendala apabila dia dibunuh secara tiba-tiba, lalu membangkitkan misteri yang perlu disiasat oleh para hero.
Jubilee memegang peranan penting dalam misteri ini. Beliau mengembara ke Thebes untuk membuat perjanjian dengan Apocalypse bagi menyelamatkan anak angkatnya, Shogo, yang terperangkap dalam bentuk naga akibat gangguan aliran masa. Sebagai balasan, Jubilee bersetuju untuk menjadi salah seorang pengikut setianya, iaitu Horseman of Famine.
Hero Baharu: Jubilee dan The Hood
Jubilee menyertai barisan roster sebagai hero ke-52 dan memegang peranan sebagai Strategist. Disuarakan oleh Courtney Lin, kit Jubilee membolehkannya memanipulasi bunga api dan plasmoid tenaga berwarna-warni untuk memulihkan rakan sepasukan, di samping mencederakan serta membutakan musuh. Kebolehan Ultimate beliau, Firework Finale, menghasilkan pertunjukan bunga api di seluruh medan lawan.
Bagi separuh kedua musim ini (melalui update Season 9.5 yang bermula pada 7 Ogos), penjahat mistik Parker Robbins, atau lebih dikenali sebagai The Hood, akan menyertai barisan watak sebagai hero Vanguard. Walaupun maklumat penuh masih belum diumumkan, info awal menunjukkan gaya permainan yang agresif menggunakan pistol, kebolehan menghasilkan klon, dan transformasi syaitan.
Rombakan kepada Sistem Team-Up dan Black Widow
Antara perubahan paling besar dalam Season 9 ialah rombakan terhadap sistem Team-Up. Setiap hero dalam game kini mempunyai akses kepada dua loadout Team-Up berasingan, yang masing-masing dibahagikan kepada Base Effect dan Enhanced Effect. Naik taraf ini membuka ruang untuk gandingan yang lebih dinamik dalam komposisi pasukan. Selain itu, kebolehan klasik seperti Metallic Chaos turut membuat kemunculan dalam update ini.
Di samping pelarasan sistem tersebut, Black Widow turut menerima character rework bagi mengubah peranannya daripada sniper pasif kepada Duelist aktif yang pakar dalam “flanking”. “Primary weapon fire rate” miliknya telah dipertingkatkan, dan dia tidak lagi menggunakan skop ADS secara default. Serangan cas elektriknya diubah menjadi kebolehan cooldown biasa untuk mencederakan dan memperlahankan musuh. Beliau juga menerima abiliti mobiliti baharu “Widow’s Bite Slam” untuk merapatkan jarak dengan pantas dan menghasilkan area-of-effect damage. Skop sniper dia telah dipindahkan ke kebolehan Ultimate, membolehkannya melepaskan beberapa tembakan berkuasa tinggi dalam jumlah terhad.
Peta Baharu, dan Mod Permainan
Musim ini akan membawakan lebih banyak kandungan baharu dalam beberapa minggu akan datang:
- Thebes (Convoy Map): Peta Convoy serba baharu berlatarkan Mesir purba. Akan dilancarkan secara rasmi selepas update pada 23 Julai.
- Path to Doomsday – Avengers: Age of Ultron: Bermula 30 Julai, mod co-op ini akan membawa kita ke dalam Avengers Tower dan Ultron’s Data Space untuk berlawan tentera robot, diiringi pelbagai acara menarik di lobi Times Square.
Marvel Rivals sedia untuk main di PC, PlayStation 5, dan Xbox Series X|S.

![[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong](https://cdn.gamersantai.com/2026/07/Jay-Armstrong_IWX-2026_FI-350x250.jpg)


![[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong](https://cdn.gamersantai.com/2026/07/Jay-Armstrong_IWX-2026_FI-75x75.jpg)




Discussion about this post