Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tokyo Game Show 2026 – Jadual Lima Hari, Harga Tiket & Barisan Penaja Sempena Ulang Tahun Ke-30

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 8, 2026
in Acara, Artikel, Berita, Pameran/Expo
0 0
0
Tokyo Game Show 2026 – Jadual Lima Hari, Harga Tiket & Barisan Penaja Sempena Ulang Tahun Ke-30
Share on FacebookShare on Twitter

Computer Entertainment Supplier’s Association (CESA) hari ini berkongsi butiran pengunjung bagi Tokyo Game Show 2026 (TGS2026). Pengumuman ini menandakan persiapan awal sempena ulang tahun ke-30 acara tersebut. Akan berlangsung di Makuhari Messe, pameran tahun ini membawa jadual selama lima hari bermula 17 hingga 21 September 2026.

Sebagai langkah terkini, CESA melancarkan laman web rasmi untuk pengunjung TGS2026 di samping mendedahkan visual utama rasmi, pakej tiket, penaja korporat utama, serta influencer rasmi bagi gelombang kedua.

Visual Utama Menjiwai Semangat TGS2026

⁺˖⟡#TGS2026
 メインビジュアル解禁 ⟡˖⁺#東京ゲームショウ30th を彩る
メインビジュアルを公開🎉

繊細かつ独自の世界観で注目を集める
ざしきわらしさん(@WarashiZ) が2年連続で担当✨

初の5日間開催となる
今年のTGS2026を表現しています🌈 pic.twitter.com/dCsdHFDz4Z

— TOKYO GAME SHOW/東京ゲームショウ (@tokyo_game_show) July 8, 2026

Ilustrator terkenal Zashikiwarashi kembali untuk tahun kedua berturut-turut bagi menghasilkan visual utama. Untuk menggambarkan jadual acara yang dipanjangkan, beliau mencipta lima karya seni berbeza berdasarkan tema-tema yang unik. Setiap karya memaparkan watak seorang gadis yang khusyuk menikmati pameran, untuk menunjukkan kemeriahan acara sepanjang lima hari tersebut.

Zashikiwarashi (yang popular menerusi karya ilustrasi komersial dan buku seni seperti PEAFOWL) berharap hasil kerja beliau dapat memancarkan suasana meriah TGS kepada semua pengunjung, sama ada tetamu setia mahupun mereka yang baru pertama kali hadir.

Kategori Tiket dan Tawaran Premium

Sempena sambutan ulang tahun ke-30 ini, CESA memperkenalkan beberapa kategori tiket untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengunjung:

  • Premium Ticket (30,000 yen / kira-kira RM752+): Pas tiga hari yang menawarkan kemasukan bagi semua hari awam. Pemegang tiket ini akan diberi kemasukan laluan keutamaan, barangan eksklusif, serta akses ke “Energy Spot” – zon santai dan rehat di tapak acara.
  • Standard Tickets (Tiket Standard): Tiket Satu Hari dijual pada harga 3,000 yen (kira-kira RM75+), manakala Tiket Laluan Pantas (dengan kelebihan masuk awal) berharga 6,000 yen (kira-kira RM150+), dan Tiket Diskaun Khas berharga 1,500 yen (kira-kira RM37+). Kemasukan bagi kanak-kanak sekolah rendah ke bawah adalah percuma.

Masa Jualan Tiket:

  • Pelancong luar negara boleh membeli tiket hari awam bermula 11 Julai ini menerusi platform Trip.com.

Penaja Utama dan Kolaborasi di Tapak Acara

Beberapa jenama besar akan menyertai TGS2026 sebagai penaja khas dengan membawa aktiviti menarik serta sokongan di tapak acara:

  • Red Bull: Kembali sebagai Penaja Platinum, Red Bull akan mengedarkan minuman percuma di sekitar tapak pameran. Pada hari awam terakhir (21 September), pentas utama akan dijenamakan kepada “Red Bull Stage” bagi menganjurkan pertunjukan khas “Red Bull Revenge” yang memfokuskan Street Fighter 6.
  • Suzuki Motor Corporation: Suzuki akan mempamerkan motosikal kolaborasi eksklusif bersama Street Fighter 6 yang diberi nama “Hayabusa Tuned by JURI.” Motosikal GSX1300R Hayabusa ini diubah suai khas sebagai penghormatan kepada watak ikonik, Juri.
  • Sony Network Communications (NURO): Bagi menjamin kestabilan streaming dan operasi di lokasi, NURO akan menyediakan infrastruktur talian internet berkelajuan tinggi. Di samping itu, mereka turut menganjurkan acara kolaborasi pentas khas bersama pasukan esports profesional, REJECT.
  • INFORICH (CHARGESPOT): Stesen sewaan powerbank akan diletakkan di pelbagai lokasi sekitar Makuhari Messe bagi memudahkan pengunjung mengecas peranti pintar mereka.
  • Twitch & BEAMS: Twitch diumumkan sebagai penaja utama bagi Creator Lounge, manakala jenama fesyen terkenal BEAMS kembali sebagai rakan rasmi pakaian kakitangan dengan menyediakan baju seragam berhiaskan hasil seni ulang tahun oleh Zashikiwarashi.

TGS BOOSTERZ dan Family Game Park

TGS turut mendedahkan barisan influencer rasmi gelombang kedua di bawah nama “TGS BOOSTERZ” yang akan menguar-uarkan kemeriahan acara ke peringkat global. Roster seramai 13 orang ahli ini terdiri daripada barisan artis, pro gamer, dan pencipta kandungan:

Penyanyi, Eir Aoi
Pelawak, JP
Personaliti, Moga Mogami
Pelakon Suara, Kaori Maeda
Pro Gamer dan Atlet Red Bull, Gachikun
Pro Gamer dan Atlet Red Bull, Bonchan
Pencipta kandungan, Saichan Nel
Pencipta kandungan, Misora-kun
Pencipta kandungan TikTok: Pyon
Pencipta kandungan, Yukidora
Pencipta kandungan, Rinatee
Pengarah fesyen, Yougun Lee
Pencipta kandungan dari Taiwan, RJ

Bagi pengunjung berkeluarga, Family Game Park akan dibuka di TKP Tokyo Bay Makuhari Hall dari 19 hingga 21 September. Kemasukan adalah percuma bagi kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah serta penjaga masing-masing. Kawasan ini dibahagikan kepada Play Zone untuk mencuba judul game mesra kanak-kanak, Learning Zone untuk bengkel pembangunan permainan video, serta pentas pertunjukan khas kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut mengenai pembelian tiket, jadual penuh, dan senarai pempamer, sila layari laman web rasmi TGS di tgs.cesa.or.jp.

Tags: Tokyo Game Show 2026
ShareTweetSend
Previous Post

Tokyo Game Show 2026 – Sebanyak 759 Pempamer Dari 51 Negara Akan Meriahkan Acara

Next Post

Digimon UP Lancar 15 Julai – Latih Digimon Kegemaran Di Telefon Pintar

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Kakao Games & The Grimm Entertainment Umum Kerjasama; Mungkin Hasilkan Game Lookism, Manager Kim & Banyak Lagi
Berita

Kakao Games & The Grimm Entertainment Umum Kerjasama; Mungkin Hasilkan Game Lookism, Manager Kim & Banyak Lagi

August 24, 2026
Detective Conan: Fallen Angel Of The Highway Masuk Pawagam Malaysia 10 September 2026; Tayangan Awal 5 September
Anime

Detective Conan: Fallen Angel Of The Highway Masuk Pawagam Malaysia 10 September 2026; Tayangan Awal 5 September

August 24, 2026
Bleach – Bankai Baru ‘Blood Chains’ Ichigo Serta Kematian Mengejut Watak Utama
Anime

Bleach – Bankai Baru ‘Blood Chains’ Ichigo Serta Kematian Mengejut Watak Utama

August 24, 2026
Next Post
Digimon UP Lancar 15 Julai – Latih Digimon Kegemaran Di Telefon Pintar

Digimon UP Lancar 15 Julai - Latih Digimon Kegemaran Di Telefon Pintar

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd