Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Khabar Angin] Edisi Fizikal GTA VI Bersama CD Mungkin Datang Seawal Disember 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 26, 2026
in Action, Artikel, Berita, Khabar angin, Open World, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
[Khabar Angin] Edisi Fizikal GTA VI Bersama CD Mungkin Datang Seawal Disember 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat yang kecewa dengan berita bahawa Grand Theft Auto VI (GTA VI/6) bakal dilancarkan tanpa cakera fizikal mungkin tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan versi cakera sebenar.

Menurut Graczdari (pemberi maklumat untuk laman web gaming PPE), Rockstar Games merancang untuk melancarkan versi cakera seawal bulan Disember. Ini adalah kira-kira sebulan selepas tarikh pelancaran rasmi game tersebut pada 19 November 2026.

Grand Theft Auto VI is now available to pre-order.

All pre-orders will get the Vintage Vice City Pack, a collection of items that flash back to when the neon burned brightest.

Pre-order now: https://t.co/ENWCnl0nrl pic.twitter.com/vCf3QbRVpg

— Rockstar Games (@RockstarGames) June 25, 2026

Laporan ini muncul selepas Rockstar membuka pre-order pada 25 Jun. Langkah tersebut mendedahkan bahawa edisi Standard dan Ultimate tidak akan menyertakan cakera fizikal. Sebaliknya, pembeli versi fizikal di kedai hanya akan menerima kod muat turun.

Graczdari menjelaskan bahawa versi fizikal tanpa cakera hanyalah langkah sementara demi memastikan keselamatan pelancaran game.

Khabar angin ini turut disokong oleh beberapa bukti. Laman PPE mendedahkan imej e-mel antara seorang pembaca dengan pasukan sokongan Rockstar. Dalam e-mel tersebut, wakil khidmat pelanggan memaklumkan bahawa “pra-pesanan semasa adalah untuk kemas kini digital sahaja” dan “salinan fizikal akan tersedia untuk pembelian dalam beberapa bulan akan datang.”

Sebagai individu yang bekerja dalam sektor gaming Eropah, Graczdari mempunyai rekod terbukti dalam mendedahkan maklumat dengan tepat. Pada Januari lalu, beliau merupakan orang pertama yang melaporkan bahawa Rockstar merancang pelancaran tanpa cakera bagi mengelakkan sebarang kebocoran sebelum tarikh jualan rasmi. Walaupun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Take-Two Interactive, Strauss Zelnick, menafikan dakwaan tersebut, pengumuman pre-order Rockstar akhirnya membuktikan kebenaran laporan beliau.

Mengikut pelan pelancaran sekarang, pemain boleh mengambil kotak fizikal GTA VI di kedai mulai 12 November untuk membuat muat turun awal. Bagaimanapun, game tersebut hanya boleh dimainkan sebaik sahaja server dibuka secara rasmi pada 19 November.

Oleh itu, peminat yang mahu bermain Grand Theft Auto VI pada hari pertama pelancaran terpaksa bergantung kepada muat turun digital apabila game ini tiba di PlayStation 5 dan Xbox Series X|S nanti.

Tags: GTA VI
ShareTweetSend
Previous Post

Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Umum Bonus Pre-Order Fizikal Eksklusif Untuk Asia Tenggara

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Umum Bonus Pre-Order Fizikal Eksklusif Untuk Asia Tenggara
Berita

Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Umum Bonus Pre-Order Fizikal Eksklusif Untuk Asia Tenggara

June 25, 2026
Maia: Meltdown – Game Arena Fighter Di Mana Kita Kawal Waifu Berperisai Mecha
Berita

Maia: Meltdown – Game Arena Fighter Di Mana Kita Kawal Waifu Berperisai Mecha

June 25, 2026
The One Piece – Teaser Pertama Dedahkan Visual Moden Kepada Saga East Blue
Anime

The One Piece – Teaser Pertama Dedahkan Visual Moden Kepada Saga East Blue

June 25, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd