NetEase Games dan Marvel Games telah melancarkan Marvel Rivals Season 8.5: SINS OF ALCHEMAX. Kemas kini ini membawa pelbagai kandungan baharu ke dalam game hero shooter free-to-play ini: antaranya termasuklah ketibaan Cyclops sebagai hero ke-51, mod permainan 18v18, serta pengenalan awal kepada sambutan musim panas yang akan datang.
Cyclops Menyertai sebagai Duelist
Scott Summers, ketua veteran X-Men, menyertai Marvel Rivals secara rasmi sebagai ranged Duelist.
Di medan lawan, Cyclops menggunakan optic blast miliknya untuk menghasilkan raw damage, menghalang pergerakan musuh, serta menukar kedudukan dengan pantas. Berikut adalah rumusan abilitinya:
- Optic Blast (Left Click): Menembak pancaran tenaga kinetik. Setiap tembakan yang mengena musuh akan mempercepatkan kadar caj Ricochet Force miliknya.
- Concussive Beam (Right Click): Memancarkan laser berterusan yang boleh memantul antara musuh dan dinding berdekatan, membolehkannya mencederakan musuh yang bersembunyi di sebalik tempat perlindungan.
- Ruby Rage (Q / Ultimate): Cyclops menanggalkan visornya sepenuhnya, melepaskan pancaran optik luas yang mampu memecahkan barrier aktif serta meninggalkan sisa tenaga tidak stabil yang akan mencetuskan letupan sekunder.
- Propulsion Burst (Shift): Melancarkan letupan jarak dekat untuk menolak Cyclops ke belakang ke arah yang lebih selamat sambil mengenakan efek slow kepada sasaran.
- Ricochet Force (E): Menembak pancaran memantul yang akan mengesan musuh berhampiran selepas terkena permukaan persekitaran. Penggunaan abiliti ini juga memberikan bonus health kepada Cyclops buat sementara.
- Optic Ascent (F): Menembak pancaran ke arah bawah untuk melonjakkan Cyclops ke udara, memberikan kesan knock back dan memperlahankan musuh yang berada di bawahnya.
- Kinetic Hover (Passive): Memperlahankan kelajuan jatuh Cyclops sekiranya dia menembak Concussive Beam semasa di udara.
Team-Up Baharu: Blast Slash
Marvel Rivals Season 8.5 turut memperkenalkan Team-Up baharu antara Cyclops dan Wolverine. Melalui Blast Slash, Cyclops menyalurkan tenaga optik ke dalam cakar adamantium Wolverine, lantas memanjangkan jarak serangan jarak dekatnya. Apabila aktif, abiliti standard Wolverine iaitu Vicious Rampage akan digantikan dengan Kinetic Claws, memberikannya keupayaan untuk meluru ke hadapan sambil melakukan serangan cakar bertubi-tubi.
Bounty Annihilation (18v18)
Bagi pemain yang mahukan combat berskala lebih besar, Season 8.5 memperkenalkan Bounty Annihilation, sebuah mod permainan 18v18 yang sengit dan mencabar. Mod ini dimainkan di peta baharu iaitu K’un-Lun: Shenloong Arena, yang bertemakan kawasan seni bela diri di Heavenly Cities.
Notis: Disebabkan oleh had prestasi perkakasan, mod peta 18v18 ini tidak tersedia buat sementara waktu di platform Xbox Series S.
Rivals’ Summer Festival
Selepas kemas kini pada 18 Jun, game akan beralih ke acara Rivals’ Summer Festival ’26. Acara ini menawarkan mata wang game secara besar-besaran, membolehkan pemain memperoleh sehingga 2,500 Unit secara percuma melalui ganjaran log masuk harian dan pelbagai cabaran dalam game.
Bersama dengan festival ini, hab sosial Hellfire Bay Beach akan dibuka di Krakoa. Di sini, pemain boleh meluangkan masa bersama rakan-rakan, meneroka pantai berpasir, dan mengambil gambar watak kegemaran masing-masing.
Acara ini juga menampilkan kostum bertemakan pakaian renang. Watak-watak terpilih yang akan menerima pakaian musim panas ini termasuklah:
- Emma Frost
- Doctor Strange
- Cloak & Dagger
- Spider-Man
- Mister Fantastic
- Lady Loki
- Daredevil
- Black Widow
- Captain America
- White Fox
Bagi pemain yang terlepas barangan kosmetik sebelum ini, 616 Day Vault akan dibuka semula bermula 12 Jun hingga 26 Jun. Ia akanmembawakan semula item popular yang pernah dikeluarkan dari Julai hingga September 2025, termasuk koleksi Swimsuit Special dan Summer Special tahun lalu.
Marvel Rivals sedia untuk main di PC, PlayStation 5, dan Xbox Series X|S.









Discussion about this post