Bandai Namco dan pembangun Media.Vision, telah melancarkan demo boleh dimainkan untuk Digimon Story Time Stranger di kedua-dua konsol Nintendo Switch dan Nintendo Switch 2. Versi percubaan ini boleh dimuat turun secara terus melalui Nintendo eShop.
Versi penuh Digimon Story Time Stranger akan dilancarkan di Nintendo Switch dan Nintendo Switch 2 pada 9 Julai 2026.
Demo ini dibahagikan kepada dua mod berbeza untuk memperkenalkan pemain kepada sistem utama serta latar dunia permainan:
- Opening Chapters Mod ini membolehkan pemain bermain bahagian awal jalan cerita utama. Ia menawarkan pengalaman awal bagi elemen core gameplay yang penting, termasuklah eksplorasi, turn-based combat, mekanik conversion, dan juga Digivolution. Save data daripada bahagian demo boleh dipindahkan secara terus ke game penuh apabila ia dilancarkan nanti.
- Central Town – Adventure Trial: Mod ini akan dibuka selepas pemain menyelesaikan bahagian “Opening Chapters”. Ia memberi kebebasan kepada pemain untuk meneroka kawasan Central Town di dalam Digital World: Iliad. Melalui kawasan terbuka ini, pemain boleh berinteraksi dengan pelbagai Digimon dan bertarung dengan musuh di underground passage.
Pemain yang merancang untuk bermain di Nintendo Switch 2 boleh memilih antara dua mod visual yang bersesuaian dengan gaya permainan mereka:
- Quality Mode: Sasar resolusi 4K dan HDR sehingga 30 FPS. (Sila ambil perhatian bahawa output 4K dan HDR dalam mod TV memerlukan skrin paparan yang serasi, walaupun HDR masih disokong semasa gameplay secara handheld.)
- Performance Mode: Sasar resolusi Full HD (1080p) sehingga 60 FPS.
Dalam Time Stranger, pemain akan mengawal seorang ejen daripada sebuah organisasi rahsia yang terserempak dengan makhluk misteri di Tokyo, sejurus sebelum satu letupan besar memusnahkan bandar tersebut. Selepas sedar semula, watak utama mendapati dirinya telah dihantar pulang ke masa lampau iaitu lapan tahun yang lalu.
Untuk menyiasat bencana tersebut dan menghalang kemusnahan dunia mereka, pemain perlu mengembara antara bandar Tokyo dan Digital World: Iliad. Sepanjang pengembaraan, pemain boleh mencari, memelihara, dan melatih lebih daripada 450 jenis Digimon berbeza bagi mempersiapkan mereka untuk combat strategic turn-based combat.
Game ini turut tersedia di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam.









Discussion about this post