Capcom telah mengumumkan Devil May Cry 5 Devil Hunter Edition yang bakal dilancarkan di Nintendo Switch 2. Game aksi ini akan menemui pemain secara digital pada 23 Jun 2026, manakala versi fizikal pula akan menyusul pada 28 Ogos 2026.
Capcom mengesahkan bahawa game ini sasar kadar 60 FPS dalam kedua-dua mod docked TV dan mod handheld. Pemain boleh mengawal empat protagonis berbeza (Nero, Dante, V dan Vergil) yang masing-masing mempunyai gaya bertarung tersendiri, senjata unik serta kombinasi moveset khusus.

Devil Hunter Edition hadir sebagai pakej lengkap yang menggabungkan game asas bersama beberapa kandungan tambahan yang sebelum ini dijual secara berasingan. Selain daripada DLC watak Vergil yang boleh dimainkan, edisi ini turut mengandungi:
- EX Color Pack: Pilihan warna pakaian alternatif untuk Nero, Dante, Nico, Lady dan Trish.
- Devil Breakers Khas untuk Nero: Lengan robotik unik termasuk Mega Buster (bertemakan Mega Man), Gerbera GP01, Pasta Breaker, Sweet Surrender dan Monkey Business.
- Cavaliere R: Senjata motosikal Dante yang telah diubah suai.
- Bonus Ubah Suai (Customization): Character taunt tambahan dan battle track klasik daripada game dahulu.

Pre-order digital telah dibuka di Nintendo eShop. Bagi menggalakkan pembelian awal, Capcom menawarkan diskaun promosi kepada pemain yang membeli versi digital bermula sekarang sehingga 7 Julai 2026.
Sejak dilancarkan pada 8 Mac 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC, Devil May Cry 5 telah terjual lebih daripada 11 juta unit di seluruh dunia. Selepas itu, Capcom melancarkan Devil May Cry 5 Special Edition untuk Xbox Series X/S dan PlayStation 5 pada November 2020.








Discussion about this post