2K dan pembangun Hangar 13 telah mengumumkan DLC “Man of Honor,” iaitu utama story expansion pertama bagi game aksi-pengembaraan prequel Mafia: The Old Country. DLC ini akan dilancarkan pada 14 Ogos 2026.
Mafia: The Old Country asalnya dilancarkan pada Ogos 2025 dan menerima sambutan yang positif. Berbeza dengan game-game terdahulu, game ini menampilkan naratif linear yang lebih terfokus dengan berlatarkan Sicily pada awal tahun 1900-an. Susulan kejayaan game ini yang diusahakan dalam skala yang lebih kecil, pihak pembangun memutuskan untuk terus memberikan sokongan dengan mengembangkan lagi kisah watak utama, Enzo Favara.

Expansion “Man of Honor” mengisi kekosongan dalam naratif game utama, dengan mengambil tempat semasa musim sejuk tahun 1905. Pemain akan mengikuti kisah Enzo yang ditugaskan oleh keluarga mafia Torrisi untuk membantu Ennio Salieri: watak antagonis daripada game pertama Mafia dan versi remake Mafia: Definitive Edition.
Baru sahaja dibebaskan dari penjara, Salieri bertekad untuk menuntut semula kedudukannya dalam dunia kongsi gelap Valle Dorata, Sicily. Crossover ini memberikan peluang kepada pemain untuk melihat ketua mafia legenda itu sebelum dia menjejakkan kaki ke Lost Heaven, Amerika.
Selain daripada penambahan naratif, expansion ini turut memperkenalkan pelbagai ciri gameplay baharu. Sepanjang dua bab baharu tersebut, pemain akan mendapat akses kepada kawasan, senjata, kenderaan, dan “Charm” serba baharu.
DLC ini juga membawakan kemas kini bagi mod Free Ride. Pemain boleh bekerjasama dengan Salieri untuk menyahut cabaran ekstrem yang menawarkan ganjaran tinggi, meneroka lokasi baharu, serta mencari collectible tersembunyi.

Mafia: The Old Country kini tersedia di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam, manakala DLC “Man of Honor” pula akan dilancarkan pada 14 Ogos 2026.









Discussion about this post