Remedy Entertainment mengumumkan bahawa Control Resonant, sekuel supernatural action RPG kepada game Control (2019), bakal dilancarkan pada 24 September 2026. Pengumuman ini hadir bersama Story Trailer baharu yang menunjukkan perubahan dari segi hala tuju, latar tempat, dan gameplay.
Game ini akan tersedia di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam serta Epic Games Store.
Protagonis Baharu dan Manhattan yang Rosak
Control Resonant membawa pemain ke Manhattan. Bandar tersebut telah diubah sepenuhnya oleh satu kuasa kosmik misteri, mengakibatkan realiti yang sentiasa berubah, seni bina yang mustahil, dan entiti raksasa yang berkeliaran di jalanan.
Watak utama yang menjadi satu-satunya playable character kali ini ialah Dylan Faden (dilakonkan oleh Sean Durrie), adik lelaki kepada protagonis game pertama, Jesse Faden.
“Sebagai bekas subjek ujian FBC, Dylan mesti memanfaatkan abilitinya yang semakin berkembang, berhadapan dengan masa lalunya, dan belajar untuk mempercayai orang lain dalam dunia yang tidak sepatutnya dia diami,” kata Mikael Kasurinen, pengarah kreatif game tersebut.
Walaupun Dylan yang memacu jalan cerita kali ini, Jesse Faden masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam game ini. Pihak pembangun mengacah bahawa jalan hidup mereka sangat berkait rapat, dengan jalan cerita yang meneroka masa lalu masing-masing serta kesan akibat tindakan mereka. Bagaimanapun, memandangkan Jesse kini hilang, Dylan terpaksa bangkit sebagai benteng pertahanan terakhir Federal Bureau of Control (FBC). Beliau turut disertai dalam misi ini oleh watak-watak lama seperti Emily Pope dan Simon Arish, di samping sekutu baharu FBC, Zoe de Vera.
Jika game asal Control merupakan sebuah third-person shooter, Control Resonant beralih ke genre action RPG dengan struktur open-world. Sistem combat adalah pantas, agresif, dan berfokuskan kepada serangan jarak dekat. Senjata utama Dylan ialah “Aberrant”, sebuah alat misteri yang boleh berubah bentuk menjadi pelbagai jenis senjata melee. Digabungkan dengan kuasa supernatural miliknya yang semakin berkembang, pemain akan mendapat akses kepada pelbagai playstylke serta mekanik, yang boleh dipertingkatkan lagi dalam New Game Plus.
Edisi Pre-Order

Pre-order telah dibuka untuk kedua-dua edisi digital dan fizikal. Versi yang tersedia termasuk:
Edisi Fizikal
- Standard Edition: Game penuh untuk PS5 atau Xbox Series X|S.
- SteelBook Edition: Termasuk game penuh, bekas SteelBook, poster key art, dan tiga keping cetakan fine art print.
Edisi Digital
- Standard Edition: Game penuh untuk PS5, Xbox Series X|S, atau PC.
- Digital Deluxe Edition (Xbox Series X|S, PC): Termasuk game asas, pakaian “AWE Mission” untuk Dylan, barangan eksklusif “Untapped Artifact” (Wallet), Starter Resource Bundle, buku seni digital, dan runut bunyi original.
- Digital Deluxe Edition (Eksklusif PS5): Termasuk semua kandungan daripada Digital Deluxe Edition standard, ditambah dengan 48 jam akses awal sebelum pelancaran rasmi.









Discussion about this post