Dengan Sid Meier’s Civilization VII, proses membina empayar terasa lebih luas melalui sistem era yang sentiasa berkembang. Namun, jika anda mahu membawa sebahagian daripada sejarah dunia maya tersebut ke alam nyata, Civilization VII Collector’s Edition adalah jawapannya.
Kami berpeluang Civilization VII Collector’s Edition, dan berikut adalah barang-barang menarik yang menanti anda di dalamnya.

Jam Hiasan “The Passage of Time”

Tarikan utama dalam koleksi ini ialah jam hiasan “The Passage of Time.” Reka bentuknya diinspirasikan secara langsung daripada karya seni pada edisi digital Civilization VII Founders Edition.
Memandangkan fokus game ini adalah untuk memimpin tamadun manusia melalui pelbagai era, jam hiasan ini amat sesuai dipamerkan sebagai simbol kepada waktu berjam-jam yang dihabiskan oleh pemain semasa membina tamadun sendiri.
Figura Scout dan Teman Setia Anjingnya

Pemain setia pasti akan terus mengenali figura logam setinggi 3 inci ini: iaitu unit Scout yang sentiasa boleh diharapkan bersama anjing setianya. Dihasilkan menggunakan logam seakan piuter dengan kemasan gaya antik, patung kecil ini memaparkan kedua-duanya sedang merenung ke arah kejauhan.
Ini merupakan penghargaan kepada langkah permulaan dalam setiap sesi permainan, di mana meneroka kawasan adalah kunci utama untuk mencari lokasi terbaik bagi membina empayar anda.
Syiling Victory Challenge



Syiling logam dua muka ini menampilkan ukiran yang mewakili empat laluan kemenangan berbeza dalam Civilization VII: Militaristic, *Cultural, *Economic, dan Scientific. Sangat sesuai untuk dijadikan hiasan meja sebagai simbol kepada matlamat akhir untuk menguasai dunia.
Set Lencana Yield Icon

Anda tidak boleh membina empayar yang hebat tanpa menguruskan sumber dengan baik. Set ini menampilkan enam lencana tampal berbentuk heksagon yang mewakili hasil (yield) penting dalam game: Culture, Gold, Science, Production, Food, dan Happiness.
Direka mengikut reka letak jubin heksagon yang menjadi identiti siri ini, lencana-lencana tampal ini sangat sesuai untuk diletakkan pada beg, jaket, atau beg anda.
Cetakan Seni Berkualiti Tinggi

Di dalam kotak ini juga ada cetakan seni bersaiz A4 standard (8.25″ x 11.7″ / 210mm x 297mm) yang memaparkan seni daripada Civilization VII Standard Edition. Cetakan ini menonjolkan pelbagai seni bina dan tokoh-tokoh sejarah yang menjadi asas kepada game ini, malah ia sudah sedia untuk dibingkaikan.
Pin Logo dan Poskad Tamadun



Melengkapkan keseluruhan pakej ialah sebutir pin logam premium yang menampilkan logo heksagon ikonik game ini, serta set poskad. Setiap poskad memaparkan seni unik yang mewakili pelbagai tamadun sejarah yang disertakan dalam edisi Founders Edition semasa pelancaran.
Game ini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC, melalui Steam, Epic Games Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.
![[Unboxing] Sid Meier’s Civilization VII Collector’s Edition!](https://cdn.gamersantai.com/2026/06/Civilization-VII-Collectors-Edition_UNBOXING_FI-1-750x375.jpg)








Discussion about this post