Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bukan Lagi MMO Biasa, Ragnarok Console Project Fokus Kepada Kisah Lagi Serius Untuk Konsol!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 1, 2026
in Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Bukan Lagi MMO Biasa, Ragnarok Console Project Fokus Kepada Kisah Lagi Serius Untuk Konsol!
Share on FacebookShare on Twitter

Gravity dan Daweon Game Media Lab, bersama pembangun Waycoder, telah mengumumkan Ragnarok Console Project. RPG yang cukup bercita-cita tinggi ini akan dikeluarkan pada separuh awal tahun 2027 bagi PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC (Steam), dan Nintendo Switch 2.

Selama lebih dua dekad, francais Ragnarok telah menjadi antara nama terbesar dalam dunia gaming, bermula dengan fenomena Ragnarok Online pada tahun 2002. Dengan lebih 100 juta pemain, projek baharu ini bertujuan membawa legasi besar tersebut ke tahap baharu dalam bentuk pengalaman konsol moden yang mementingkan jalan cerita.

Ragnarok Console Project memperkenalkan dunia yang sedang di ambang kehancuran. Jalan ceritanya lebih gelap dan serius berbanding entri-entri dahulu. Menurut maklumat di Steam, pemain akan berhadapan dengan “pilihan dan kesan” dalam satu perjalanan yang tiada jalan pulang.

Kisahnya memberikan tumpuan kepada realiti yang runtuh dan retakan dimensi yang perlahan-lahan memusnahkan dunia.

Watak utama terbangun dalam kesakitan, hanya untuk sedar bahawa dia telah gagal dalam satu misi yang sangat penting. Sebuah barangan berkuasa yang mampu “menggoncang sesebuah negara” telah hilang.

Namun, kegagalan ini hanyalah satu permulaan, di mana pemain dicabar untuk mencari kebenaran di sebalik “Heart of Ymir,” sebuah artifak legenda dalam naratif Ragnarok.

Walaupun latar tempat nampak asing, identiti francais masih dikekalkan. Pemain masih boleh memilih kelas ikonik seperti:

  • Knight
  • Mage
  • Priest
  • Hunter

Setiap kelas mempunyai gaya combat sendiri yang direka untuk bekerjasama dalam satu kumpulan. Fokus utama gameplay kali ini adalah “Pilihan dan Tanggungjawab”. Ia bukan sahaja kisah “baik lawan jahat”, sebaliknya pemain akan dipaksa membuat keputusan sukar yang mencerminkan pegangan masing-masing.

Game ini masih lagi di peringkat awal pembangunan, tetapi peminat boleh menjangkakan lebih banyak gameplay dan info lanjut apabila kita semakin menghampiri tahun 2027.

Tags: Ragnarok Console Project
ShareTweetSend
Previous Post

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

Next Post

Pengarah Tekken 8 Kohei Ikeda Tinggalkan Bandai Namco Selepas 20 Tahun

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Pengarah Tekken 8 Kohei Ikeda Tinggalkan Bandai Namco Selepas 20 Tahun

Pengarah Tekken 8 Kohei Ikeda Tinggalkan Bandai Namco Selepas 20 Tahun

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd