Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Snowbreak: Containment Zone – Server Kembali Beroperasi Hari Ini Selepas Dua Bulan Offline!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 8, 2026
in Android, Artikel, Berita, Epic Store, iOS, Mobile, PC, Shooter, Steam
0 0
0
Snowbreak: Containment Zone – Server Kembali Beroperasi Hari Ini Selepas Dua Bulan Offline!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas lebih dua bulan tidak dapat diakses, server bagi game shooter sci-fi Snowbreak: Containment Zone secara rasminya kembali beroperasi hari ini di Mobile dan PC.

[Update Notice]

The servers for Snowbreak: Containment Zone will officially open on 2026/5/8 14:00 (UTC+8). The limited-time event "Winds of Warmth" will begin simultaneously.

🔽Update Details
PC: https://t.co/UaIyEru4j6
Mobile: https://t.co/xGwtSsy3vA

📢Official Discord:… pic.twitter.com/aKDeIih0L3

— Snowbreak: Containment Zone (@SnowbreakEN) May 7, 2026

Snowbreak: Containment Zone telah direhatkan sejak 2 Mac 2026. Tempoh “rehat” yang panjang ini dilakukan bagi rombakan teknikal besar-besaran dan penyusunan semula kandungan.

Langkah ini bertujuan untuk memastikan game ini lebih selari dengan identiti baharunya, di samping meningkatkan kestabilan server bagi menampung jumlah pemain global yang semakin meningkat.

Bagi meraikan pembukaan semula ini dan sebagai tanda terima kasih atas kesabaran para pemain, pembangun Amazing Seasun melancarkan pakej ganjaran “Welcome Home” serta acara terbaharu bertajuk “Winds of Warmth.”

Pakej “Terima Kasih”

Dear Adjutants,

The servers for Snowbreak: Containment Zone will officially open on 2026/5/8 14:00 (UTC+8). The limited-time event "Winds of Warmth" will begin simultaneously. Details for the event will be announced separately.

[Maintenance Compensation & Distribution]…

— Snowbreak: Containment Zone (@SnowbreakEN) May 7, 2026

Pihak pembangun ingin menebus masa yang hilang sepanjang ketiadaan mereka. Pemain yang log masuk akan menerima pelbagai barangan berharga melalui peti mel. Antara ganjaran utamanya adalah:

  • Equipment Percuma: Pemain akan menerima surat jemputan dan weapon bay “Ever Together”. Ini membolehkan anda memilih satu Orange-tier (5-star) operative dan satu Orange-tier weapon yang dikeluarkan antara tempoh pelancaran rasmi sehinggalah kemas kini “Fragments of Truth”.
  • 66 “Pull” Percuma: Ganjaran log masuk harian khas akan memberikan satu “Manifestation Echo Covenant” setiap hari, sehingga jumlah total 66 keping. Item ini khusus untuk digunakan pada banner acara “Winds of Warmth”.
  • Sumber Tambahan: Untuk 14 hari akan datang, pemain akan menerima bundle harian Memory Chip dan Baldr Inhibitor bagi membantu mengejar semula perkembangan stamina dan masa yang tertinggal.
  • Ganjaran yang Tertinggal: Jika mempunyai ganjaran yang belum dituntut daripada “Water City Tour” atau “Dreamtide Pass” semasa server ditutup pada Mac lalu, item-item tersebut akan dihantar terus ke peti mel anda.
  • Kosmetik Kenang-kenangan: Semua pemain akan menerima namecard “Welcome Home”, avatar “Full Throttle”, serta set sticker yang menampilkan watak kegemaran seperti Acacia, Marian, Fritia, dan Longyan.

Sambung Semula Di Mana Anda Berhenti

Antara kebimbangan utama pemain sepanjang tempoh dua bulan ini adalah status langganan berbayar dan barangan yang mempunyai tempoh tamat. Pihak pembangun mengesahkan bahawa semua penunjuk masa telah “dibekukan” sebaik sahaja penyelenggaraan bermula pada 2 Mac yang lalu.

Sama ada anda masih mempunyai baki Employee Benefit (pas bulanan) atau item masa terhad dalam inventori, tempoh sah item tersebut akan disambung semula pada waktu ia dihentikan sebelum ini.

Tags: Snowbreak: Containment Zone
ShareTweetSend
Previous Post

Resident Evil Requiem Tambah Mod “Leon Must Die Forever” – Mampukah Anda Bertahan?

Next Post

Nintendo Switch 2 Terima Kenaikan Harga Di Seluruh Dunia; Malaysia Dijangka Bakal Terkesan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahu PC Edisi Terhad? Koleksi Ultra-Premium ASUS ROG “Edition 20” Kini Di Malaysia
Teknologi

Mahu PC Edisi Terhad? Koleksi Ultra-Premium ASUS ROG “Edition 20” Kini Di Malaysia

June 26, 2026
10 Lagu Tema Anime Paling Ikonik Pilihan Pakar Muzik Dunia
Anime

10 Lagu Tema Anime Paling Ikonik Pilihan Pakar Muzik Dunia

June 26, 2026
Resident Evil: Survival Unit Berkolaborasi Dengan Monster Hunter Untuk Acara Crossover Pertama
Mobile

Resident Evil: Survival Unit Berkolaborasi Dengan Monster Hunter Untuk Acara Crossover Pertama

June 26, 2026
Next Post
Nintendo Switch 2 Terima Kenaikan Harga Di Seluruh Dunia; Malaysia Dijangka Bakal Terkesan!

Nintendo Switch 2 Terima Kenaikan Harga Di Seluruh Dunia; Malaysia Dijangka Bakal Terkesan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd