Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hogwarts Legacy Percuma Di Epic Games Store, Tapi Kena Tindak Cepat!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 1, 2026
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, Open World, PC
0 0
0
Hogwarts Legacy Percuma Di Epic Games Store, Tapi Kena Tindak Cepat!
Share on FacebookShare on Twitter

Epic Games Store kini sedang memberikan game Hogwarts Legacy secara percuma kepada semua gamer.

Ini bukan game biasa; tetapi merupakan game terbesar keluaran Warner Bros. dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Walau bagaimanapun, tempoh tawaran kali ini sangat singkat. Anda hanya mempunyai masa sehingga 3 Mei 2026, jam 11:00 malam untuk menebusnya.

Celebrate 25 years of @HarryPotter magic ✨ In case you missed it during our Holiday Sale, you can now play @HogwartsLegacy for FREE on the Epic Games Store and conjure your own magical adventure! https://t.co/kPGI2Ym7Rt

Also get the Dark Arts Pack with 60% discount! pic.twitter.com/5K62H86KIN

— Epic Games Store (@EpicGames) April 30, 2026

Biasanya dijual pada harga RM249, Hogwarts Legacy menjadi fenomena besar ketika dilancarkan pada tahun 2023. Bukan sahaja laku keras, malah berjaya memecahkan rekod dengan jualan melebihi 12 juta unit dan mengutip $850 juta dalam masa dua minggu pertama sahaja. Setakat sekarang, ia telah terjual lebih 40 juta unit, menjadikannya antara judul paling berjaya pada dekad ini.

Apa Itu Hogwarts Legacy?

Bagi mereka yang kurang tahu, game ini merupakan sebuah open-world action RPG berlatarkan penghujung tahun 1800-an. Memandangkan jalan ceritanya berlaku jauh sebelum zaman Harry, Ron, dan Hermione dilahirkan, anda tidak terikat dengan plot asal dalam buku atau filem.

Sebaliknya, pemain akan mencipta watak ahli sihir sendiri dan masuk ke Hogwarts sebagai pelajar. Anda boleh menghadiri kelas seperti Charms dan Defense Against the Dark Arts, belajar menunggang penyapu terbang, serta menerokai lokasi terkenal seperti Hogsmeade dan Forbidden Forest. Gameplay melibatkan aksi pertarungan sihir dengan jalan cerita tentang misteri purba yang mengancam dunia sihir.

Untuk menambah game ini ke dalam akaun anda secara kekal, ikuti langkah-langkah ini:

  1. Layari laman web Epic Games Store atau buka aplikasi desktop-nya.
  2. Cari Hogwarts Legacy di ruangan carian.
  3. Klik butang “Get”. Walaupun tidak sempat bermain hari ini, sebaik sahaja anda menebusnya secara percuma, game tersebut akan kekal dalam akaun selamanya.
  4. Anda boleh mula memuat turun serta-merta atau simpan untuk kemudian hari.
Tags: epic games storeHogwarts Legacy
ShareTweetSend
Previous Post

Attack on Titan Umum Konsert Simfoni Eksklusif – Tiada Di Malaysia, Tapi Dekat Di Singapura!

Next Post

Filem Resident Evil Akan Datang 17 September – Janjikan Pengalaman Survival Horror Lebih Realistik!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Filem Resident Evil Akan Datang 17 September – Janjikan Pengalaman Survival Horror Lebih Realistik!

Filem Resident Evil Akan Datang 17 September - Janjikan Pengalaman Survival Horror Lebih Realistik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd