Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Adaptasi Game ‘The Player Who Can’t Level Up’ Lancar Demo Rasmi Di PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 24, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Demo, PC, Roguelike, Steam
0 0
0
Adaptasi Game ‘The Player Who Can’t Level Up’ Lancar Demo Rasmi Di PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Tripearl Games dan Smilegate (pasukan di sebalik Lost Ark) telah melancarkan demo pertama untuk adaptasi game The Player Who Can’t Level Up di platform Steam.

Bagi mereka yang belum membaca karya asalnya, game ini mengisahkan tentang Kim Kigyu. Dalam dunia di mana para “Player” mendaki sebuah menara misteri untuk mendapatkan kuasa, Kigyu adalah satu keanehan: dia tersangkut di Level 1 selama lima tahun.

Walau bagaimanapun, dia memperoleh abiliti unik untuk bergabung dengan “Ego Sword; iaitu senjata bernyawa yang boleh menjadi semakin kuat walaupun tahap dirinya tidak berubah.

Demo ini mengambil premis tersebut dan mengubahnya menjadi game “roguelite”. Ini bermakna setiap kali anda memasuki menara, susun atur kawasan dan kuasa yang ditemui adalah rawak.

Jika tewas, anda perlu bermula semula, tetapi akan mengekalkan beberapa upgrade permanen untuk membantu pemain mara lebih jauh pada percubaan seterusnya.

Apa yang Ada dalam Demo?

Demo The Player Who Can’t Level Up mengandungi sebahagian besar daripada kandungan awal permainan. Pemain boleh meneroka zon “Pantheon”, iaitu kawasan pertama dalam menara tersebut.

Ciri-ciri utama yang boleh dimainkan sekarang termasuklah:

  • Ego Sword: Anda boleh menggunakan dua senjata sekaligus (dual-wield) iaitu LU dan EL, senjata ikonik milik Kigyu. Combat memfokuskan pada sistem timing, membolehkan pemain menyambung serangan, serangan “Berserk”, dan gerakan “Awakening”.
  • Plot “Another Tower”: Untuk memberikan kelainan kepada pembaca setia, game ini menampilkan cabang cerita yang dipanggil ‘Another Tower’, yang mengandungi rahsia yang tidak ada dalam webtoon asal.
  • Pertarungan Boss: Demo ini diakhiri dengan pertempuran sengit menentang Erebor, boss gergasi yang direka untuk menguji sejauh mana “build” anda sepanjang bermain.

The Player Who Can’t Level Up akan dikeluarkan secara Early Access di Steam pada suku ketiga (Q3) 2026. Selain PC, game ini juga dirancang untuk keluar di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan juga Nintendo Switch 2 pada separuh pertama tahun 2027.

Tags: DemoThe Player Who Can’t Level Up
ShareTweetSend
Previous Post

SEGA UNIVERSE – Inisiatif SEGA Untuk Hubungkan IP Masa Lalu Pada Zaman Moden!

Next Post

Nexon Umum ‘Embers of the Uncrowned,’ Game Dark Fantasy MMO Baharu Serba Ganas!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Nexon Umum ‘Embers of the Uncrowned,’ Game Dark Fantasy MMO Baharu Serba Ganas!

Nexon Umum ‘Embers of the Uncrowned,’ Game Dark Fantasy MMO Baharu Serba Ganas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd