Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Street Fighter 6 – Ingrid Adalah Watak Terakhir Untuk DLC Year 3, Akan Tiba 28 Mei!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 24, 2026
in Artikel, Berita, DLC, Fighting, Nintendo Switch 2, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Street Fighter 6 – Ingrid Adalah Watak Terakhir Untuk DLC Year 3, Akan Tiba 28 Mei!
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom secara rasmi memperkenalkan Ingrid sebagai watak DLC terbaru yang akan menyertai barisan pejuang Street Fighter 6 pada 28 Mei 2026. Ingrid merupakan watak keempat dan terakhir untuk Year 3 Pass.

Siapakah Ingrid?

Bagi peminat setia, Ingrid adalah watak yang agak misteri. Beliau pertama kali muncul dalam Capcom Fighting Evolution (2004) dan kemudian mencuri perhatian dalam Street Fighter Alpha 3 MAX. Sering digelar sebagai “Eternal Ray,” beliau bukanlah manusia biasa; Ingrid adalah entiti cakerawala yang mendakwa dirinya sebagai sumber sebenar “Psycho Power” yang digunakan oleh M. Bison. Walaupun rupa parasnya seperti seorang pelajar sekolah menengah, perwatakannya yang santai dan kuasa luar biasa menunjukkan bahawa beliau telah hidup selama beratus tahun.

Sedutan Gameplay

Berdasarkan gameplay yang dikongsikan, Ingrid dilihat sebagai watak “technical” yang memberi kelebihan kepada pemain yang bijak merancang strategi. Mekanik unik beliau berpaksikan Sun Crest. Beliau boleh mengumpul tenaga solar sehingga empat kali untuk menguatkan Special Move, menambah jumlah serangan dalam combo, serta meningkatkan jarak serangan.

Berikut adalah ringkasan abiliti:

  • Serangan Jarak Jauh (Projectile & Beam): Serangan Sun Shot beliau adalah bebola cahaya yang boleh berubah kelajuan atau sudut untuk mengelirukan lawan. Beliau juga mempunyai Sun Flare dan Solar Burst (serangan laser dari udara), yang boleh digunakan sama ada untuk menyimpan tenaga atau melepaskan serangan kuat.
  • Mobiliti dan Pertahanan: Untuk mengacah pihak lawan, Ingrid menggunakan Vanishing Sun, iaitu kebolehan teleport jarak dekat yang membolehkannya bergerak pantas di sekitar skrin. Jika diasak, Sun Veil bertindak sebagai pelindung magik yang mampu melakukan counterattack dan menjatuhkan musuh.
  • Super Art: Super Level 3 beliau, Cosmic Ray, adalah kuasa terunggul. Ingrid menggunakan kuasa terhebatnya untuk menembak pancaran tenaga yang merangkumi seluruh skrin… ini bermakna musuh tidak akan selamat walaupun berada di hujung pentas.

Apabila Ingrid dilancarkan nanti, pemain boleh memilih antara dua gaya berbeza. Outfit 1 menampilkan reka bentuk baharu yang dicipta khas untuk Street Fighter 6. Manakala bagi pemain yang mahukan nostalgia, Outfit 2 membawakan semula pakaian seragam sekolah berwarna ungu dari siri Alpha.

Ingrid akan mula tersedia pada 28 Mei di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Nintendo Switch 2, dan PC melalui Steam.

Pemain yang memiliki Year 3 Character Pass atau Ultimate Pass akan mendapat watak ini secara automatik pada hari pelancaran. Bagi yang tidak memiliki pas tersebut, beliau juga boleh dibeli secara berasingan menggunakan Fighter Coin.

Tags: DLCStreet Fighter 6
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu SAROS – Kalah, Mati, Tapi Bangkit Lagi! Aksi Memang Adrenalin!

Next Post

SEGA UNIVERSE – Inisiatif SEGA Untuk Hubungkan IP Masa Lalu Pada Zaman Moden!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
SEGA UNIVERSE – Inisiatif SEGA Untuk Hubungkan IP Masa Lalu Pada Zaman Moden!

SEGA UNIVERSE - Inisiatif SEGA Untuk Hubungkan IP Masa Lalu Pada Zaman Moden!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd