ASUS Republic of Gamers (ROG) melancarkan dua produk baharu dalam barisan aksesori mereka di Malaysia: Archer Messenger 14 dan Archer Backpack 16.
Kedua-dua beg ini diperbuat daripada Cordura 610D, iaitu fabrik bermutu tinggi yang kalis air serta tahan lasak terhadap calar atau koyakan. Selain itu, penggunaan zip YKK dan buckle Woojin memastikan beg ini mampu bertahan lama walaupun digunakan secara lasak setiap hari.
Berikut adalah butiran lanjut bagi produk terbaharu:
ROG Archer Messenger 14

Archer Messenger 14 ialah beg 10-liter, yang direka khas untuk membawa komputer riba bersaiz kecil seperti ROG Zephyrus G14.
Ia sangat sesuai untuk perjalanan harian ke tempat kerja atau kelas kerana dilengkapi dengan tali bahu yang mempunyai pengudaraan baik serta panel belakang jenis mesh supaya anda tidak berpeluh semasa menggalasnya.

Aspek keselamatan menjadi keutamaan bagi model ini. Beg ini disertakan dengan poket ‘RFID-blocking’ untuk melindungi dompet dan pasport daripada kecurian data digital (seperti pengimbasan kad tanpa izin). Di bahagian luar pula, ada sistem “MOLLE” yang memudahkan anda menyangkut beg kecil tambahan atau botol air.
ROG Archer Backpack 16

Bagi yang memerlukan lebih banyak ruang, Archer Backpack 16 menawarkan kapasiti 20 liter yang mampu memuatkan komputer riba sehingga saiz 16 inci.
Rekaan beg ini sangat fleksibel; ia mempunyai lapisan tambahan yang boleh dibuka untuk menambah ruang simpanan sekiranya anda perlu membawa pakaian atau gaming peripheral tambahan untuk perjalanan.

Untuk memudahkan kita membawa beban yang berat, ASUS menambah tali dada yang boleh dilaraskan serta tali bahu berlapik tebal. Ini membantu mengimbangi berat dengan lebih baik pada badan, agar selesa untuk perjalanan jarak jauh.
Harga
Siri ROG Archer ini boleh didapati bermula hari ini di ASUS eStore rasmi serta pengedar sah di seluruh Malaysia.









Discussion about this post