Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Toei Memperkenalkan ‘Toei Games,’ Fokus Mencipta Barisan Game Original!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 22, 2026
in Artikel, Berita, Game, Industri
0 0
0
Toei Memperkenalkan ‘Toei Games,’ Fokus Mencipta Barisan Game Original!
Share on FacebookShare on Twitter

Toei Company, studio Jepun yang terkenal dengan pelbagai siri filem, televisyen, dan anime ikonik, bakal menceburi bidang penerbitan permainan video. Khususnya, mereka mengumumkan Toei Games, sebuah jenama penerbitan dalaman yang memfokuskan kepada penciptaan intellectual property (IP) baharu untuk pasaran global.

˗ˏˋ 🌟東映ゲームズ はじまる🌟 ˊˎ˗

本日より、東映株式会社が展開するゲーム事業
「東映ゲームズ」が始動いたします🌱

この公式Xでは、東映ゲームズに関する色々な情報をいち早く、時にはゆるりとお届けしていきたいと思います!

ぜひフォローして、続報をお待ちください✨ pic.twitter.com/npJn3ZwEzJ

— 東映ゲームズ (@toei_games) April 21, 2026

Walaupun Toei cukup sinonim dengan IP besar seperti One Piece, Dragon Ball, dan Kamen Rider, Toei Games akan mengambil pendekatan berbeza. Daripada bergantung kepada koleksi watak sedia ada, jenama ini akan membina jalan cerita original yang direka khas untuk pasaran gaming.

Langkah ini merupakan bahagian penting dalam strategi jangka panjang yang dikenali sebagai “Toei New Wave 2033.” Menurut Presiden dan CEO Toei Company, Fumio Yoshimura, matlamat adalah untuk menjadikan sektor gaming sebagai “tunjang baharu” perniagaan mereka, setanding dengan kejayaan dalam bidang filem dan televisyen selama ini.

東映ゲームズのロゴは
株式会社カイロソフト様に手掛けていただきました🎉

ロゴはカイロソフト様に!というメンバーの強い想いのもと、本社へ行って直談判。
「代表とじまり役」カイロくんにご快諾いただき、実現しました✨… pic.twitter.com/FH33rWrUqz

— 東映ゲームズ (@toei_games) April 21, 2026

Toei Games merancang untuk melancarkan game pertama mereka di PC melalui Steam bermula tahun 2026. Selepas itu, mereka merancang untuk memperluaskan capaian ke konsol lain seperti PlayStation, Xbox, dan Nintendo Switch. Projek-projek ini juga akan melibatkan kerjasama dengan pelbagai pencipta kreatif dari dalam Jepun mahupun studio antarabangsa.

Kita pun tidak perlu menunggu lama untuk melihat hasil kerja pertama Toei Games. Syarikat tersebut mengesahkan bahawa projek sulung mereka akan didedahkan secara rasmi dalam masa dua hari sahaja lagi, iaitu pada 24 April.

Tags: Toei Games
ShareTweetSend
Previous Post

ASUS ROG Lancar Siri Beg Archer Baharu – Harga Bermula RM359!

Next Post

Dante & Vergil Bertembung Dalam Anime Devil May Cry Season 2!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Dante & Vergil Bertembung Dalam Anime Devil May Cry Season 2!

Dante & Vergil Bertembung Dalam Anime Devil May Cry Season 2!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd