Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Splatoon Raiders – Game Baru Fokus Single-Player Akan Keluar 23 Julai!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 22, 2026
in Action, Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, Shooter
0 0
0
Splatoon Raiders – Game Baru Fokus Single-Player Akan Keluar 23 Julai!
Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo telah mendedahkan Splatoon Raiders, game seterusnya dalam francais Splatoon, dan sebuah action-shooter yang akan tiba di Nintendo Switch 2 pada 23 Julai 2026.

Walaupun francais ini sangat terkenal dengan mod multiplayer, Splatoon Raiders membawakan kelainan dengan diberikan kepada mod single-player. Dalam game terbaru ini, pemain akan memegang watak sebagai seorang mekanik yang menerokai Spirhalite Islands. Matlamat utama adalah untuk memburu harta karun yang sangat berharga.

Sebagai seorang mekanik, anda boleh mengubah suai penampilan watak serta pilihan senjata sebelum keluar menjalankan misi. Misi-misi ini memerlukan kita melawan gelombang musuh Salmonids menggunakan senjata dakwat klasik dan gajet mekanikal serba baharu.

Gameplay memfokuskan kepada usaha menakluki kawasan tersebut dan mengumpul loot untuk menaik taraf kelengkapan.

Peminat pasti seronoka melihat semula watak-watak kegemaran. Frye, Shiver, dan Big Man (trio pemuzik yang dikenali sebagai Deep Cut) kembali, namun kali ini mereka akan membantu anda dalam perjalanan. Salah seorang ahli trio tersebut akan menyertai misi anda dengan mengawal sebuah bot tempur untuk memberikan bantuan serangan.

Bagi meraikan peranan baharu mereka, Nintendo turut melancarkan set patung amiibo baharu yang menampilkan ahli Deep Cut dalam pakaian bertema “Raiders.” Patung-patung ini akan mula dijual pada hari yang sama dengan pelancaran game tersebut.

Splatoon Raiders menyokong gameplay co-op sehingga empat orang pemain, sama ada secara online atau local wireless.

Prapesan untuk Splatoon Raiders kini dibuka di Nintendo eShop dan My Nintendo Store. Patung amiibo Deep Cut juga boleh mula dipra-pesan bermula hari ini.

Tags: Splatoon Raiders
ShareTweetSend
Previous Post

Honkai: Star Rail Version 4.2 Rasmi Dilancarkan – Trailblazer “Path of Elation” & Dua 5-Star Baru!

Next Post

Inilah Lokasi & Tarikh “Pokémon Truck” Sepanjang Mei 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Inilah Lokasi & Tarikh “Pokémon Truck” Sepanjang Mei 2026!

Inilah Lokasi & Tarikh “Pokémon Truck” Sepanjang Mei 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd