Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Atomic Heart Capai Konklusi Dengan Pelancaran DLC Ke-4 & Ultimate Edition!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 16, 2026
in Action, Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Shooter
0 0
0
Atomic Heart Capai Konklusi Dengan Pelancaran DLC Ke-4 & Ultimate Edition!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Mundfish dan 4Divinity secara rasmi melancarkan Blood on Crystal, iaitu DLC expansion keempat dan terakhir untuk Atomic Heart.

Bab akhir ini bukan setakat penamat kepada saga sedia ada, malah merupakan tambahan terbesar buat game ini dengan menawarkan lebih lapan jam gameplay baharu. Bagi peminat yang telah mengikuti kisah Mejar Nechaev (P-3) sejak kemunculan sulung game ini pada tahun 2023, DLC ini adalah pertarungan terakhir antara manusia dan mesin.

Menyambung semula kisah dari bab-bab dahulu, Blood on Crystal membawa kita semula sebagai watak P-3. Kali ini, risikonya jauh lebih tinggi. Bersama “The Twins” dan beberapa rakan seperjuangan, pemain perlu menyusup masuk ke sektor paling dalam dan rahsia di Facility 3826.

Misinya adalah untuk hentikan AI CHAR-les sebelum rancangannya untuk “pemusnahan total manusia” menjadi kenyataan. Pengembaraan ini membawa kita ke dua lokasi baharu: Wave Platform dan Crystal Complex, di mana punca sebenar kengerian fasiliti tersebut akhirnya terbongkar.

DLC ini memperkenalkan Polymorph, sejenis senjata biologi baharu ciptaan CHAR-les. Makhluk-makhluk ini menggunakan “elemental polymer” untuk bertukar rupa di tengah-tengah pertarungan, memaksa pemain untuk menukar senjata dan abiliti dengan pantas.

Untuk mengimbangi kekuatan musuh, Mundfish membuka akses kepada gear paling berkuasa dalam game ini. Pemain akan mendapat akses kepada senjata “Experimental Tier” dan peningkatan kepada abiliti sarung tangan.

Ultimate Edition

Bagi mereka yang mahukan pengalaman bermain yang “lengkap”, hari ini juga adalah pelancaran Atomic Heart: Ultimate Edition. Boleh didapati di semua kedai digital (PlayStation, Xbox, dan PC), versi ini adalah cara terbaik untuk menikmati game ini sepenuhnya. Ia merangkumi:

  • Base game asal Atomic Heart.
  • Kesemua empat DLC utama (termasuk Blood on Crystal).
  • Artbook digital yang menampilkan lukisan konsep yang belum pernah dilihat sebelum ini.
  • Koleksi penuh kosmetik senjata dan sarung tangan yang telah dikeluarkan setakat ini.

OST Volume 6 turut dilancarkan hari ini. Album terakhir ini diberikan secara percuma kepada sesiapa yang sudah memiliki soundtrack game ini.

Blood on Crystal dan Ultimate Edition kini boleh didapati di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, dan PC.

Tags: atomic heartDLC
ShareTweetSend
Previous Post

Senarai Manga ‘Shonen’ Terkenal Yang Rupanya Dicipta Oleh Wanita Tanpa Orang Sedar!

Next Post

Filem Live-Action Street Fighter Dedah Trailer Baru; Aksi Sama Macam Game!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Filem Live-Action Street Fighter Dedah Trailer Baru; Aksi Sama Macam Game!

Filem Live-Action Street Fighter Dedah Trailer Baru; Aksi Sama Macam Game!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd