Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kontroversi ‘Indonesia Game Rating System’ Di Steam – Apa Yang Berlaku & Mengapa Ramai Gamer Indonesia Marah?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 6, 2026
in Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
Kontroversi ‘Indonesia Game Rating System’ Di Steam – Apa Yang Berlaku & Mengapa Ramai Gamer Indonesia Marah?
Share on FacebookShare on Twitter

Dunia gaming Indonesia kecoh sejak beberapa hari lalu selepas sistem rating tempatan Indonesia Game Rating System (IGRS) mula muncul secara mengejut di platform Steam.

Namun, sistem rating tersebut telah ditarik balik sepenuhnya dari platform berkenaan selepas mencetuskan pelbagai kontroversi dan kekeliruan dalam kalangan gamer.

Kini, paparan rating untuk pengguna di Indonesia telah kembali kepada standard antarabangsa (PEGI), selepas spekulasi “pengharaman” beberapa judul game besar.

Label “Not Fit Distribution” Jadi Punca Kekecohan

Isu ini mula serius apabila pemain menyedari beberapa judul game popular seperti Persona 5, Yakuza: Like a Dragon, The Sims 4, dan Clair Obscur: Expedition 33 dilabel dengan status “Not Fit Distribution” (Tidak Layak Diedarkan).

Label ini menimbulkan panik kerana memberi gambaran seolah-olah game tersebut tidak dibenarkan dijual di pasaran Indonesia.

Selain itu, ada laporan mengenai ketidakselarasan rating yang pelik; game kanak-kanak dilabel untuk dewasa (18+), manakala game yang mempunyai kandungan matang pula dilabel sebagai sesuai untuk semua umur.

Penjelasan Kemkomdigi

Kementerian Komunikasi dan Digital (Kemkomdigi) Indonesia tampil memberikan penjelasan. Menurut pihak kementerian, rating yang terpapar di Steam sebelum ini bukanlah hasil pengesahan rasmi daripada pihak kerajaan Indonesia.

Sebaliknya, rating tersebut dipercayai muncul hasil sistem self-declare (isytihar kendiri) oleh pihak penerbit yang mungkin belum diselaraskan dengan betul mengikut piawaian IGRS yang sebenar.

Kemkomdigi menegaskan bahawa platform digital seperti Steam mempunyai tanggungjawab untuk memastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan tidak mengelirukan pengguna.

“Kami sedang meminta penjelasan lanjut daripada pihak Steam. Apa yang penting, rakyat tidak seharusnya terburu-buru membuat kesimpulan kerana proses IGRS yang sebenar masih dalam peringkat penyelarasan,” menurut kenyataan ringkas daripada pihak kementerian.

Salah satu punca kegagalan pelaksanaan awal ini dikatakan berpunca daripada proses permohonan rating yang masih perlu dilakukan secara manual oleh pihak pembangun.

Kebanyakan syarikat game antarabangsa tidak mempunyai pejabat atau wakil rasmi di Indonesia. Ini menyukarkan mereka untuk menguruskan label IGRS bagi beribu-ribu judul game yang ada di Steam. Akibatnya, sistem pengisytiharan secara automatik yang digunakan telah menghasilkan data yang cacat dan tidak tepat.

Langkah Seterusnya untuk IGRS?

Langkah menarik balik IGRS dari Steam dilihat sebagai tindakan positif. Komuniti gamer menyambut baik berita ini, memandangkan sistem yang belum matang hanya akan menyusahkan pemain dan merosakkan ekosistem industri kreatif tempatan.

Pihak kerajaan berjanji akan menambah baik sistem IGRS agar lebih telus dan mudah diakses oleh pembangun luar negara sebelum ia dikuatkuasakan semula. Buat masa ini, gamer di Indonesia boleh lega kerana dapat terus membeli dan bermain game kegemaran mereka tanpa label “tidak layak” yang mengelirukan itu.

Sumber – GamerWK

Tags: IGRSsteam
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Virtua Fighter 5: R.E.V.O World Stage (Nintendo Switch 2) – Nostalgia Arked Dalam Genggaman!

Next Post

Game Mobile & PC ‘My Hero Academia UNITED SURVIVAL’ Akan Tiba Pada 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Game Mobile & PC ‘My Hero Academia UNITED SURVIVAL’ Akan Tiba Pada 2026!

Game Mobile & PC ‘My Hero Academia UNITED SURVIVAL’ Akan Tiba Pada 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd