KLab Inc. telah mendedahkan My Hero Academia UNITED SURVIVAL sebagai projek game terbaharu mereka.
Dibangunkan dengan kerjasama gumi Inc., game ini bakal membawakan dunia Quirk dan Hero terus ke peranti mobile dan PC anda. Bersama-sama pengumuman tajuk tersebut, pihak pembangun turut berkongsi pandangan pertama buat para peminat melalui key visual dan juga teaser trailer.
Key visual yang baru dilancarkan ini merupakan satu kejutan istimewa buat peminat setia, kerana ia menampilkan karya seni eksklusif daripada Bones Film; iaitu studio animasi yang bertanggungjawab menghasilkan siri anime My Hero Academia.
Walaupun gameplay secara terperinci masih lagi dirahsiakan, teaser trailer memberikan sedikit gambaran tentang aksi yang menanti pemain. Game ini sedang dibangunkan untuk platform App Store, Google Play, dan Windows.
Sama seperti kebanyakan game anime moden, My Hero Academia UNITED SURVIVAL akan menggunakan model free-to-play dengan pilihan in-game purchase.









Discussion about this post