Adaptasi live-action oleh Netflix “Avatar: The Last Airbender” disahkan akan kembali untuk Season 2 pada 25 Jun 2026.
Selepas perang sengit di Northern Water Tribe, kisah ini diteruskan dengan pengembaraan Aang (Gordon Cormier), Katara (Kiawentiio), dan Sokka (Ian Ousley) menuju ke Earth Kingdom. Matlamat mereka: mencari Earth King di bandar Ba Sing Se dan memujuknya untuk turut serta dalam peperangan menentang Fire Lord Ozai.
Jika musim pertama memfokuskan kepada Aang yang mula menerima identitinya sebagai Avatar, Musim ke-2 pula adalah tentang “usaha” untuk menguasai elemen-elemen tersebut. Bagi menewaskan Fire Nation, Aang perlu mempelajari Earthbending.

Pencarian ini membawa mereka kepada salah satu watak yang paling dinanti-nantikan dalam siri ini: Toph Beifong. Dilakonkan oleh Miya Cech, Toph merupakan seorang genius earthbending yang buta, namun memiliki perwatakan yang sarkastik dan kekuatan luar biasa.

Ketika kumpulan ini cuba berdepan dengan birokrasi Earth King, ancaman daripada Fire Nation pula semakin meningkat. Walaupun Fire Lord Ozai (Daniel Dae Kim) adalah sebagai ancaman paling besar di sebalik tabir, bahaya yang lebih dekat datang daripada Princess Azula (Elizabeth Yu).
Selepas kemunculan pendeknya dalam Season 1, Azula kini memulakan misi pemburuan bersama dua rakan setianya yang sama berbahaya, Mai dan Ty Lee.

Sementara itu, Prince Zuko (Dallas Liu) dan Uncle Iroh (Paul Sun-Hyung Lee) kini menjadi pelarian. Mereka terpaksa bersembunyi di dalam wilayah Earth King… kawasan yang suatu ketika dahulu pernah mereka cuba takluki.








Discussion about this post