Kalau anda perasan sebuah trak Pokémon lalu-lalang di jalan raya, memang betul apa yang anda lihat. Pokémon Truck sedang dalam misi mengelilingi Malaysia, dan sepanjang bulan April ini, trak tersebut akan berhenti di beberapa pusat beli-belah popular di kawasan Lembah Klang.
Jelajah ini telah bermula sejak 5 Mac lalu dan merupakan kerjasama istimewa bersempena dengan pelancaran Pokémon Pokopia. Buat peminat di Malaysia, anda boleh mencuba “Pokémon Pokopia” di Nintendo Switch 2 secara langsung.
Kalau ingin sertai, berikut adalah segala maklumat penting yang diperlukan.
Jadual April 2026: Ke Mana Trak Ini Akan Pergi?
Setiap hujung minggu (Jumaat hingga Ahad), Pokémon Truck akan berhenti di beberapa pusat beli-belah di Lembah Klang. Bagi yang tidak dapat hadir pada hujung minggu, jangan kecewa. Trak ini turut bergerak di sekitar Lembah Klang dari Isnin hingga Rabu semasa dalam perjalanan menuju ke lokasi seterusnya. Jadi, jangan terkejut kalau anda terserempak dengannya di jalan raya!
- 3 – 5 April: Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang
- 10 – 12 April: LaLaport BBCC
- 17 – 19 April: The Starhill, Bukit Bintang
- 24 – 26 April: IOI City Mall, Putrajaya

Apa Yang Ditawarkan di Dalam Trak?
- Pengalaman Hands-on Nintendo Switch 2
- Pengunjung berpeluang untuk mencuba Nintendo Switch 2 dengan sendiri.
- Zon Foto Pokopia
- Sebuah ruang bergambar bertema “Pokopia” turut disediakan khas untuk mereka yang mahu meriahkan laman media sosial masing-masing.
- Jumpa Pikachu
- Tak lengkap rasanya acara Pokémon tanpa kehadiran maskot kesayangan semua! Pikachu bakal muncul untuk sesi “Meet & Greet” bersama peminat. Walau bagaimanapun, kemunculan Pikachu hanya dijadualkan pada hujung minggu tertentu sahaja.
- Hadiah Percuma
- Peminat juga berkesempatan membawa pulang sun visor eksklusif Pokémon Pokopia secara percuma. Pemberian hadiah ini adalah atas dasar siapa cepat dia dapat.
Maklumat Acara
- Tempoh: Kini sehingga 4 Jun 2026
- Harga: Kemasukan percuma









Discussion about this post