Game pertarungan kompetitif Pokémon Champions akan dilancarkan untuk Nintendo Switch pada 8 April 2026. Game ini turut akan menerima peningkatan grafik melalui kemas kini percuma untuk pemilik Nintendo Switch 2.
Versi mobile untuk peranti iOS dan Android masih dirancang untuk dikeluarkan pada lewat 2026, menurut pihak penerbit.
Apa Itu Pokémon Champions?
Berbeza dengan RPG Pokémon tradisional yang memerlukan pemain meneroka wilayah luas dan menangkap makhluk di alam liar, Pokémon Champions memfokuskan pengalaman kepada pertarungan.
Game ini membolehkan pemain terus terjun ke dalam perlawanan dalam talian menentang lawan dari seluruh dunia tanpa perlu menghabiskan berpuluh-puluh jam melatih dan menyediakan pasukan.
Pemain boleh menyertai Single Battles berasaskan giliran (satu lawan satu) atau Double Battles (dua lawan dua), membina pasukan enam Pokémon dan menggunakan strategi seperti type advantage, pertukaran Pokémon semasa pertarungan, dan Mega Evolution untuk memenangi perlawanan.

Pokémon Champions menawarkan dua cara utama untuk merekrut Pokémon yang sedia untuk bertarung:
- Pertama, pemain boleh menyambungkan game ini ke aplikasi Pokémon HOME, membolehkan Pokémon tertentu yang telah dipindahkan daripada siri RPG Pokémon dan Pokémon GO untuk menyertai barisan Champions mereka. Ciri ini memberikan akses segera kepada makhluk yang sudah mereka tangkap dan besarkan sebelum ini.
- Kedua, game ini menyediakan satu Pokémon rawak percuma setiap hari, yang boleh digunakan selama satu minggu dalam Pokémon Champions. Pemain juga boleh membelanjakan Victory Points (VP) (mata wang yang diperoleh dalam game) untuk merekrut lebih banyak Pokémon atau menjadikan rekrut tersebut sebagai koleksi tetap mereka.
Mega Evolution Baharu
Tiga bentuk Mega Evolution baharu yang pada asalnya diperkenalkan dalam Pokémon Legends: Z-A akan muncul dalam Champions: Mega Meganium, Mega Emboar, dan Mega Feraligatr. Sebagai evolusi akhir kepada starter Pokémon dari Johto, Unova, dan Johto, masing-masing hadir dengan ability yang unik.
Mega Meganium menampilkan ability baharu bernama Mega Sol, yang secara automatik menghasilkan cahaya matahari terik setiap kali ia menggunakan serangan; berpotensi meningkatkan serangan jenis Fire dan membolehkan strategi berasaskan kuasa suria.

Mega Emboar pula memperoleh Mold Breaker, sebuah ability sedia ada yang membolehkan serangannya menembusi ability lawan yang biasanya akan menyekat atau mengurangkan damage.

Mega Feraligatr memperkenalkan satu lagi ability baharu: Dragonize. Ability ini menukarkan serangan jenis Normal kepada jenis Dragon sambil meningkatkan kuasanya sebanyak 20%.

Mod dan Customization

Game ini akan menawarkan beberapa mod dalam talian semasa pelancaran.
Ranked Battles mempertemukan pemain dengan lawan semasa mereka mendaki tangga kompetitif. Casual Battles menawarkan persekitaran tanpa tekanan di mana kemenangan dan kekalahan tidak menjejaskan kedudukan. Private Battles pula membolehkan pemain mencipta bilik custom menggunakan Room ID untuk mencabar rakan atau komuniti tertentu.
Online Competitions bermusim dengan set peraturan bergilir turut akan disediakan, memberikan cabaran segar sepanjang tahun.

Victory Points yang diperoleh melalui pertarungan boleh dibelanjakan untuk lebih daripada sekadar merekrut Pokémon. Pemain boleh menggunakan VP untuk menyesuaikan moves, abilitiy, taburan stat, dan Natures ahli pasukan.
Kedai dalam game juga menyediakan held items, Mega Stones, muzik, serta pilihan kosmetik termasuk pakaian trainer dan animasi lontaran Poké Ball.
Peningkatan untuk Switch 2

Pemilik Nintendo Switch 2 boleh memuat turun kemas kini percuma yang meningkatkan persembahan visual permainan dengan grafik yang lebih tajam dan jelas. Kemas kini ini memerlukan sambungan internet dan akan disediakan tanpa sebarang kos tambahan.
Pakej khas Pokémon Champions + Starter Pack, yang merangkumi game asas berserta bonus dalam game, turut akan dilancarkan pada 8 April serentak dengan edisi standard.









Discussion about this post