Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Assassination Classroom the Movie: Our Time Umum Tayangan Khas Peminat, Hadiah Eksklusif Menanti!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 25, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Assassination Classroom the Movie: Our Time Umum Tayangan Khas Peminat, Hadiah Eksklusif Menanti!
Share on FacebookShare on Twitter

Filem anime terbaru Assassination Classroom the Movie: Our Time bakal ditayangkan di seluruh Malaysia pada 9 April 2026.

Stand up! Bow! Good morning, Teacher~ ✨

Attention, Class 3-E! Before the general release, we are hosting a SPECIAL FAN SCREENING for Assassination Classroom the Movie: Our Time! 🟡
Be among the first to catch the lesson of a lifetime and bring home some fan screening… pic.twitter.com/Pa8HsGeOuw

— GSC (@GSCinemas) March 25, 2026

Sebelum tayangan umum bermula, Golden Screen Cinemas (GSC) memberi peluang kepada peminat tegar untuk menonton filem ini empat hari lebih awal melalui satu tayangan khas peminat.

Tarikh: Ahad, 5 April 2026, 3:00 petang
Lokasi: GSC LaLaport BBCC, Kuala Lumpur
Harga Tiket: RM 50

Setiap tiket yang dibeli akan disertakan dengan set hadiah eksklusif yang sangat menarik:

  • 3 kad ID karakter edisi terhad
  • 1 poster filem bersaiz A3

Tempat duduk amat terhad dan dijual atas dasar siapa cepat dia dapat – jadi kalau anda nak jadi antara orang terawal di Malaysia, cepat-cepatlah dapatkan tiket kerana jualan sudah pun dibuka sekarang.

Our Time ialah sebuah filem anime yang dicipta khas sempena ulang tahun ke-10 francais Assassination Classroom. Filem ini menyatukan semula Class 3-E ketika mereka mengimbau semula kenangan yang tidak akan dilupakan bersama guru luar biasa mereka, Koro-sensei.

Apa yang menjadikan filem ini lebih istimewa ialah ia mengadaptasi bab-bab daripada manga asal karya Yusei Matsui yang tidak pernah dimasukkan ke dalam siri anime. Selain itu, ada juga kandungan animasi baharu yang meneruskan jalan cerita utama siri ini, memberikan adegan-adegan baharu bersama watak-watak kesayangan.

Bagi yang kurang tahu, Assassination Classroom dicipta oleh Yusei Matsui. Ceritanya mengisahkan seekor makhluk menyerupai sotong yang entah bagaimana menjadi guru kelas bagi Class 3-E. Yang paling gila, para pelajar ini ditugaskan untuk membunuh guru mereka sendiri sebelum dia memusnahkan Bumi.

Tags: Assassination Classroom
ShareTweetSend
Previous Post

Honkai: Star Rail – Version 4.1 Telah Tiba, Membawa Ashveil & Festival Penuh Ganjaran!

Next Post

Pokémon Champions Bakal Datang 8 April – Sokongan Switch 2 & Tiga Mega Evolution Baharu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Pokémon Champions Bakal Datang 8 April – Sokongan Switch 2 & Tiga Mega Evolution Baharu!

Pokémon Champions Bakal Datang 8 April – Sokongan Switch 2 & Tiga Mega Evolution Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd