Nintendo telah menayangkan trailer terakhir untuk The Super Mario Galaxy Movie semasa Nintendo Direct hari ini, dan kejutan paling besar sekali ialah pengesahan rasmi bahawa Donald Glover akan menyuarakan watak Yoshi.
Trailer ini memberi tumpuan kepada Bowser Jr. yang merancang untuk menyelamatkan ayahnya daripada Mario dan Luigi. Kita dapat melihat istana Princess Peach dipisahkan daripada Mushroom Kingdom, Bowser mengambil semula pemerintahan tentera Koopa, dan penampilan pertama Wart, penjahat daripada Super Mario Bros. 2.
Kembali ke topik utama…
Selepas berbulan-bulan peminat cuba meneka suara misteri dalam trailer-trailer sebelum ini, kami akhirnya mendapat kepastian bahawa Glover (juga dikenali sebagai Childish Gambino, dan terkenal dengan peranan dalam Community, Solo, Spider-Man: Across the Spider-Verse, serta The Lion King) akan memegang watak teman dinosaur hijau kesayangan Mario.

Dua lagi pelakon baharu turut diumumkan. Luis Guzmán akan menyuarakan watak Wart, yang hanya muncul sebentar dalam trailer terbaharu ini, manakala Issa Rae pula akan memegang watak Honey Queen dari Honey Hive Galaxy.
Trailer ini melengkapkan barisan pelakon yang sudah sedia ada. Trailer-trailer sebelum ini telah memperkenalkan watak-watak kegemaran seperti Mario, Luigi, Peach, dan Bowser, serta watak baharu termasuk Bowser Jr. (Benny Safdie), Rosalina (Brie Larson), dan Yoshi.

The Super Mario Galaxy Movie bakal ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 1 April 2026.









Discussion about this post